Saturday 23 March 2019

Pokok Buah Keras

Assalam...
Mood nak cerita pasal pokok pula, bukan sebab nak jadi ahli botani jauh sekali.  Saja nak share pasal pokok yang dekat dengan kehidupan seharian sama ada yang hasilnya selalu diguna pakai atau pun yang jarang kami jumpai.  Pokok buah keras (buah kemiri/ pelleng) ini antaranya, sebab selalu guna dalam masakan dan kehidupan harian.  Kenangan sangat masa kecil dapat saksikan arwah nenek membuat pelita guna buah keras yang ditumbuk dengan kapas kemudian dikepal-kepalkan pada lidi atau buluh, ilmu dari sekolah alam.


Buah keras yang masih sempurna dengan kelongsong kulit luarnya.  Ini terjumpa semasa berjalan-jalan dalam kebun koko orang kampung di daerah Engrekan.  Rupanya dalam kebun tu selain pokok koko, terselit pelbagai lagi pokok lain seperti cengkih, pokok dengen, pokok kabung dan pokok buah keras.


Jumpa juga buah yang telah pecah dari kelonsong luar dan masih belum dikutip oleh tuannya.  Pada setiap kelongsong terdapat 2 atau 3 biji buah keras di dalammya.  Sebelum dikeringkan, kulit luarnya perlu dibuang terlebih dahulu.


Bentuk buah keras yang telah dikeluarkan dari kelongsong luar.  Isinya masih bersalut dengan kulit yang sangat keras dan perlu menggunakan alat khas untuk memecahkan kulit keras tersebut.


Untuk mengeluarkan biji buah keras sempurna dan tidak pecah seperti dalam gambar bawah, perlukan kemahiran.  Di kawasan kampung yang kami pergi, masih menggunakan peralatan tradisi dengan gunakan adalah sebongkah batu dan pelepah pinang kering.  Buah keras yang masih disaluti kulit keras dibalut dalam pelepah pinang dan diketukkan ke batu.  Nampak mudah prosesnya tapi tersilap rentak ketukannya, kulit keras akan pecah dan isi buah akan berderai.


Buah keras selalu digredkan mengikut bentuk buah yang sempurna selepas dikeluarkan daripada kulit keras itu.  Hasil buah yang elok juga adalah yang telah melalui proses pengeringan yang sempurna (cukup kering untuk menjamin buah keras tahan lama dan tidak berkulat).
Wassalam.

7 comments:

  1. Belum pernah tenguk lagi pokoknya.

    ReplyDelete
  2. Boleh saya nak beli buah yang masih belum dipecahkan, email saya syahrizulamin@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Boleh tak saya nak beli buah yang masih belum dipecahkan

    ReplyDelete
  4. Boleh tak saya beli buah yang belum dipecahkan

    ReplyDelete
  5. Sy nak beli biji yg belum dikupas.

    ReplyDelete
  6. Boleh tak saya nak beli buah keras yg masih belum dikupas, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tiada buah keras yang macam itu..

      Delete