Saturday, 23 March 2019

Ice Cream Cake

Assalam...
Alkisah ada orang sambut birthday bulan 12 hari tu, request nak kek ice cream tapi tak tercapai hajat.  Duk ulang lalu kedai kek yang pernah beli kek ice cream sedap dulu, sekarang dah tak produce kek ice cream, sekali lagi lalu kedai dah tutup.  So terus diamkan saja hasrat tu, sampai lah satu hari dengar lagi bunyi lagi sama. Eh tak boleh jadi, terus lah pergi kedai jual ice cream sebab situ dah sure ada kek yang dicari. 



Sebenarnya dekat jer dengan tempat kami, outlet BR yang terdekat di Atria Damansara Jaya.  Saja satu jenis perangai sebab ambil mudah kan, dari bulan 12 tunggu hingga bulan 3 baru dapat makan.  Melompat dari satu birthday ker satu birthday yang lain.  Alolo kesiannya.


Tahu dah kat sini kek ice cream dia dijamin semua sedap, tapi yang tak tahan tu faham-faham sajalah.  Satu ketul kecil boleh beli 2 kampit beras 10kg kata orang.  Sebenarnya tak pernah berkira pasal makan pun, Alhamdulillah rasa nak makan sesuatu, Allah bagi rezeki, dapat makan asal jangan membazir sudah.


Belek punya belek, jumpa satu seketul ini yang rasa bersesuaian dengan rasa ice cream yang dikehendaki, sesuai dengan bajet dan orang yang nak makan.  Yang paling utama sesuai dengan bajet lah, ini yang paling murah antara yang ada.

Next time boleh lah nak request ice cream cake juga dengan perisa pilihan.  Tapi klau nak pilih perisa dan design kena tempah awal sebab selalu mereka sediakan perisa  kegemaran ramai yang tak semestinya kita gemari.  Macam kami nak perisa very very strawberry tapi ada saiz kek yang besar lah pula, kalau saiz besar, kertasnya kena besar juga.  Mereka yang suka coklat, walk in takde masalah kot sebab sentiasa ada dalam pelbagai saiz.
Wassalam.

2 comments: