Tuesday, 18 December 2018

Pokok Rotan

Assalam...
Peluang yang baik kali ini pergi hiking dengan budak sekolah tu sebab dapat sekolahkan dia tentang alam.  Kali ini mak-mak dia ambil kesempatan, selalu dia sekolahkan mak dia dengan gadjet kan.  Mak-mak pula orang kampung memang dah biasa pasal pokok kali ini tunjuk handal lah kat anak.  Kebetulan musim rotan berbuah, sebenarnya mak dia sendiri pun baru pertama kali jumpa pokok rotan yang berbuah (tapi kena coverlah depan anak), automatik otak bersambung ingat kuih buah rotan.  Eh eh betul lah buah rotan tu sama dengan kuih buah rotan (kecipo) walaupun yang kami jumpa ini masih muda dan berwarna hijau.


Antara kelopak buah rotan yang masih belum kembang.  Sebenarnya mak-mak pun teruja tengok pokok rotan, dapat banyangkan kesukaran kerja mencari rotan sebab tumbuhan ini berduri dan betapa panjang proses sehingga boleh dijadikan perabot atau perhiasan lainnya.


Buah-buah matang ini yang akan jatuh dan membiak serta menghasilkan benih-benih pokok rotan yang baru.


Alhamdulillah nampak juga si anak tu teruja tengok pokok rotan asli.  Kena lah terangkan sedikit pasal rotan sebelum si anak keliru, sebab anak mungkin hanya kenal rotan kurus melidi yang berwarna kuning, yang cikgu disiplin atau ayah dia guna untuk mengertak.  


Ini antara batang rotan yang menjalar di laluan ke denai tiga puteri, mudah nak jumpa disepanjang laluan.  Species rotan besar yang sesuai untuk dibuat perabot.


Tak tahu apa nama cendawan ini, boleh makan atau tidak?.  Tetapi setiap tumbuhan walau sekecil mana pun pasti ada fungsi dan nilainya yang tersendiri.

Balik dari hiking tu, tanya juga feedback dia best ker tak hiking tadi.  Dia boleh jawap ok jer, motif sebenarnya si emak selama 2 hari tu untuk kurangkan dia mengadap gadjet, tak dapat hasil 100% takpe sekurang-kurangnya terhindar daripada beberapa.
Wassalam.