Sunday, 30 December 2018

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas

Assalam...
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, terletak di kawasan Likas, tapak asal masjid adalah kawasan pantai dan laut Teluk Likas, yang telah ditambak.  Pembinaan masjid ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan bermula daripada tahun 1986 dan hanya dibuka pada tahun 2000 sejajar pada tahun dan bulan yang sama Kota Kinabalu di angkat sebagai bandaraya di Malaysia.  Nama masjid ini juga diambil sempena peristiwa itu - Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.


Sungguhpun Masjid Bandaraya adalah masjid yang terbesar di Kota Kinabalu, lebih dari segi keluasan serta dapat menampung kapasiti pengunjung yang ramai, namun Masjid Negeri di Sembulan masih kekal peranannya sebagai Masjid Utama di Negeri Sabah.


Ruang sebelah luar, menempatkan ruang untuk aktiviti komuiti, bazar, pejabat, pusat tuisyen dan sekolah.  Masjid Bandaraya memainkan peranan sebagai pusat pembelajaran peringkat awal kanak-kanak dalam bidang Al-quran, selain memberi bantuan kepada anak-anak dari keluarga yang kurang mampu serta kanak-kanak istimewa.


Ketika masuk dalam ruang sholat masjid, saya ingatkan inilah ruang sholat utama.  Tercari-cari mimbar tapi tak ada, sebaliknya nampak orang keluar masuk melalui gerbang tengah itu.


Ruang sholat utamanya terletak di hadapan ruang tengah yang saya lihat tadi, baru lah nampak ada mimbar di situ.  Terletak dihadapan sekali dan dibahagian bawah kubah masjid.


Ini ruang sholat wanita yang terletak di sebelah belakang ruang tengah tadi.


Sebagai sebuah masjid utama, peranan masjid tidak hanya terhad sebagai tempat sholat sahaja tetapi mesti memainkan peranannya sebagai intitusi dakwah islamiah untuk kemajuan syiar islam di negeri Sabah.  Penubuhan akademi Al-Mubarak contohnya bergiat aktif dengan menyusun dan mengendalikan pelbagai program yang melibatkan seluruh umat islam dan semua peringkat umur.


Bangunan bazaar di hadapan masjid menempatkan lebih banyak outlet menjual makanan dan kemudahan lainnya. 


Program pengimarahan Masjid Bandaraya meliputi segala aspek pendidikan, dakwah, ekonomi, sosial,  belia dan riadah.  Pihak jawatakuasa dan pentadbiran juga sentiasa menjalin hubungan kerjasama dengan masjid-masjid utama dalam mahupun luar negara.  

Oleh kerana masjid ini menerima ramai pelawat terutama mereka yang bukan beragama Islam, jawatankuasa atau biro yang mengendalikan pelawat dan pelancong perlu bertindak lebih proaktif supaya kejadiaan tidak diingini berulang lagi.  Pelancong sebegini perlu diberi penjelasan yang tepat akan peraturan dan tatasusila yang mereka perlu patuhi jika berada di dalam kawasan masjid. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment