Thursday, 27 December 2018

Kundasang War Memorial

Assalam...
Taman peringatan ini didedikasikan untuk memperingati peristiwa Kawat Maut Sandakan - Ranau yang dilakukan oleh tentera Jepun ke atas askar tahanan perang dunia Ke-2 (Australia 1,800 orang dan British 6,00 orang) dan juga orang tempatan yang telah memberi bantuan kepada mereka.  Dalam taman ini terdapat taman-taman yang dikhaskan sebagai mewakili negara asal askar yang terlibat, seperti Taman English, Taman Australia, Taman Borneo dan Taman Renungan.  Kundasang War Memorial adalah sebagai perhentian terakhir dalam siri laluan POW route yang bermula di Sandakan, terdapat beberapa hentian lagi yang telah ditandakan seperti di Nalapak dan Pialugan.  



Ada sedikit bayaran kepada pelawat untuk masuk ke taman ini.  RM10.00 tu bukan untuk seorang tapi untuk kami satu group plus kamera.


Sebelum memasuki taman terdapat ruang yang menempatkan kisah, coretan, sejarah pewujudan dan pentadbiran taman.  Pengurusan taman turut menyediakan tayangan video untuk pengunjung lebih faham akan kisah POW route ini.


Taman Autralia, taman yang kita akan jumpa mula-mula.


Lest we forget, plak gangsa untuk peringatan Kinabalu Kundasang dan Australia, direka oleh artis Ross J Sabastian (1998).  Peta grafik adalah gambaran laluan perjalanan pawai kematian daripada kem tahanan di Sandakan ke Ranau.


Taman English yang bertemakan bunga ros dan pokok pine.


The Contemplation Garden (Renungan) terletak di tingkat atas sekali dilengkapi dengan tiang pagoda dan kolam.  Di dinding taman menempatkan nama-nama tentera yang terlibat.


Batu peringatan yang terletak di hujung Taman Renungan mengabadikan catatan pilu oleh Nelson Short.  Neslon Short adalah tentera (Australia) yang berjaya melepaskan diri di Ranau ketika Kawad Maut Kedua.


Nama-nama askar tawanan perang (British, Australia dan tempatan) yang terlibat tercatat pada panel marble warna hitam itu.


Di penghujung Taman Renungan ada laluan untuk ke anjung tinjau.  Dari sini boleh nampak pemandangan perkampungan Kundasang dan Gunung Kinabalu. 

Peristiwa POW route merupakan peristiwa terburuk terhadap tahanan perang  dalam sejarah bagi tentera Australia oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia ke-2.  Dengan demikian diadakan Dawn Service pada setiap tahun 25 April,   di Sandakan Memorial Park sebagai tempat permulaan POW route.
Wassalam.