Tuesday, 25 December 2018

Desa Dairy Farm, Kundasang

Assalam...
Desa Cattle ini tempat wajib pergi jika sampai Kundasang kata orang, bukan saya yang kata tapi saya pun dan mengikut kata itu.  Tak salah pun kalau tak pergi tapi jom kita ramai-ramai sokong industri pelancongan tempatan, siapa lagi yang nak sokong jika bukan kita sendiri kan.  Tu harga charge masuk, tetapi sekarang rasa harga dah berubah, ini harga zaman gst, now dah zaman sst.


Langit cerah dan panas terik ketika kami sampai waktu tengah hari, tetapi masih nyaman dengan cuaca pergunungan.  Dulu pernah tinggal hampir 2 minggu di kawasan ini, apa yang saya perhatikan cuaca di sini cepat berubah-ubah.  Jika panas pun, awan tu macam pantas jer bergerak bagi redup.


Begitu juga pemandangan gunung Kinabalu dari Desa Cattle sekejap boleh nampak jelas puncaknya sekejap lagi terlindung oleh awan tebal.  Macam main cak-cak gitu.  Tetapi jika musim hujan memang sukar nak lihat puncak Kinabalu.


Daripada entrance tak nampak lagi seekor lembu, so supaya tidak kecewa ambil gambar dulu dengan lembu batu ini.


Di sebelah belakang bangunan rupanya mereka menyorok.  Yang ni baru keluar dari tempat pemerahan susu, penat gamaknya lembu-lembu tu lepas derma susu isi perut dulu untuk pulihkan tenaga.


Pokok hiasan yang cantik, kalau tanam kat tempat panas bagaimana agaknya tumbesarannya.


Tempat perah susu lembu, tak kena timing masa kami sampai.  Penat lembu tunggu rombongan cik kiah tak sampai-sampai, lembu-lembu pun keluar jelah meragut rumput.


Selalu pun memang kat sini jelah tempat last point kami, makan gelato.  Sebenarnya ada lagi tempat yang boleh dilawati, tempat bagi makan anak lembu dan tempat proses susu. 


Kegemaran saya ice cream yogurt tak perlu letak topping.


Jenis-jenis cheese yang dihasilkan oleh Desa Cattle.  Tak berapa gemar makan cheese jadi tengok saja lah.


Pokok rosemary di tepi tiang sebelum masuk ke dalam bangunan Desa Cattle.  Baru-baru ini pergi, pokok itu masih ada di sana memang ditanam sebagai hiasan dan herba.

"Mari bah kita pergi Sabah, maju sudah bah tu tidak juga kami tinggal atas pokok macam kamu urang fikir itu".
Wassalam.