Thursday, 20 December 2018

MASJID BESI (Masjid Sultan Mizan) Putrajaya

Assalam...
Cerita masih dalam kerangka edisi cuti sekolah, pergi bawa si ibu dan anak ronda-ronda putrajaya dan apabila tiba panggilan keramat itu kami menuju ke masjid ini.  Kali ini giliran untuk tunaikan wish list si ibu pula nak singgah bersholat di sini.  Kesempatan sebab kami pun tak pernah lagi singgah di Masjid Besi, jom sama-sama untuk pertama kalinya singgah tunai kewajipan.


Suka sangat tengok kerangka besi pada setiap tiang masjid ini.  Tak pandai nak rungkai bentuk tu serperti apa, tapi bagi saya ianya sangat cantik.


Ruang tepi di tingkat 3, yang selalu digunakan sebagai ruang untuk program-program perkongsian ilmu.


Salah satu ukiran daripada besi yang menghiasi lelangit (bumbung) masjid.


Kubah masjid besi tiada ukiran-ukiran seperti yang kita jumpa pada masjid biasa.


Ruang sholat utama dan kawasan mimbar (level L1), sebahagian ruang di bahagian tengah dewan sholat utama ditutup kerana sedang dilakukan pengubahsuaian.


Ruang sholat wanita di tingkat 3.   Di tingkat ini turut disediakan ruang wudhuk untuk wanita, tetapi jika hendak ke bilik air sila gunakan ruang wudhuk di tingkat bawah C1.


Pili air tempat wudhuk walaupun jenis manual dan bukan sensor, tetaplah menawan dipandangan mata.


Jumpa tabung cantik ini, jangan lupa sisipkan selembar dua ke dalam tu.


Penunjuk arah, jika tak faham sila rujuk kepada pegawai yang bertugas.  Ada meja dan stesen untuk dikunjungi jika perlukan apa-apa maklumat berkenaan masjid.


Simbolik pada pintu gerbang masjid, selari kedudukannya dengan gerbang perbadanan purtajaya dan dihujung sana tepat pada kubah dan pintu palace of justice.  Jika tinjauan dibuat daripada arah palace of justice pula, penghujungnya adalah mimbar masjid besi dan arah kiblat.  Mungkin ada maksud tersirat yang hendak disampaikan dengan susunan seperti itu.


Memang mendamaikan, saya lihat ramai yang datang bukan hanya untuk bersholat tetapi mereka melakukan aktiviti bersama keluarga terutama yang ada anak kecil.  Kami turut berehat seketika di salah satu sudut dekat dengan kolam, memang rasa nyaman untuk terus berada di situ.


Rezeki kami hari tu, sebab minggu sebelumnya mak dan ayah mertua hanya singgah tetapi tak dapat bersholat kerana ada ganguan bekalan air.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment