Saturday, 29 December 2018

Buah Bidara - Sedap Tak Terkata

Assalam....
Kali pertama dapat makan buah ini dulu beli di Mataf, yang dah dibuat jeruk dicampur dengan serbuk asam.  Dari situ memang suka rasanya, ranggup sedap tak tahu nak cakap, nak kata manis tak manis, tapi saya suka.  Orang kata pokok bidara ini banyak khasiatnya daripada pokok, buah serta daun banyak kegunaannya dan antara pokok yang digalakkan untuk ditanam di halaman rumah.


Hari minggu lepas, teman en.Abe meronda ke Sungai Buloh dan terpandang satu gerai jual buah yang sangat meriah.  Terus terfikir nak beli buah mangga kebetulan petang tu nak melawat mak sedara di Seremban, boleh lah bawa buah untuk dijadikan buah tangan.  Di Gerai itulah ada jual buah bidara ini, bila nampak tu terus jer minta sekilo.  Adik yang jual tu pula baik sangat minta kami pilih sendiri dan rasa dulu sebelum beli.


Sampai rumah tak sempat buat apa, terus buat pencicah (garam belacan - tumbuk belacan, garam, gula, cili padi dan kicap kipas udang) untuk buah bidara nie.  Sebenarnya kalau makan begitu saja pun dah cukup sedap, tapi mengada nak cicah juga dengan garam belacan.  Tapi garam belacan tu tak kick lah sebab rasa belacan dah tengik, terlupa belacan digoreng lama, minyak tu yang sebabkan bau kurang menyenangkan.


Beli sekilo macam tak cukup pula kami rata walaupun mula-mula ingat nak buat jeruk.  Tak sempat sampai keesokkan hari. 

Tak tahulah ini kira buah tempatan atau inport, adik yang jual buah tu pun tak tahu bekalan buah tu dari mana, tapi yang dia kata semua yang mereka jual ambil daripada pasar borong.  Hujung minggu kena pi cari lagi nampaknya buah bidara.
Wassalam.