Monday, 30 December 2013

Misi meningkatkan kadar kalsium dalam badan

Assalam.
Salah satu benda yang perlu diambil perhatian ekoran laporan kesihatan hari itu adalah kandungan kalsium dalam badan yang macam terkurang.  Mengikut piawaian  ketumpatan jisim mineral yang normal adalah 2.50 mmol/L tapi saya hanya 2.09 mmol/L saja.  Kalau tidak diberi langkah pencegahan keadaan akan menjadi lebih serius.  Kemungkinan akan mengalami tulang mudah patah dan osteoporosis atau penyakit pereputan tulang yang akan mengakibatkan seseorang menjadi bongkok.  

Masalah ini lebih ketara dilihat berlaku kepada kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki.  Ini kerana faktor terjadinya osteoporosis berhubung kait dengan masalah hormon yang dihidapi oleh kaum wanita, terutama mereka yang telah mengalami menopause (putus haid), kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan dan tabiat merokok.

Atas saranan doktor, perlu minum 2 gelas susu sehari untuk mengatasi masalah kekurangan kalsium dalam badan.  Lepas dapat nasihat doktor hari itu, berkobar-kobar terus pergi Tesco cari susu.  Pilih susu yang tinggi kalsium.  Tapi lepas beli, dibiar terperuk dulu 2 bulan, baru ada kesediaan untuk minum.  Sungguh bercinta untuk minum susu, cuba suruh minum air sirap ke mesti laju jer.  Agak-agak mereka yang hanya minum susu ibu semasa bayi seperti saya ini, ada tak mengalami keadaan seperti saya agak susah untuk menelan susu lembu.
Paling banyak daku meminum susu ketika mengalami patah kaki selepas eksiden itu kisah berbelas tahun yang lalu.  Tak silap habis dalam 3 tin susu Anlene  dalam masa 3 bulan itu pun kena minum yang dicampur dengan milo suam.  Mulai hari ini kena istiqomah untuk mimun susu, kerana ia juga salah satu daripada pemakanan sunnah nabi S.A.W.
Wassalam.

Berjinak-jinak dengan Kopi...

Assalam...
Anda penggemar kopi? semacam ada yang tak kena bila tak pekena kopi kan? Ada yang kata mengantuk, tak boleh buat kerja, hilang tumpuan, kurang bertenaga, sakit kepala dan maca-macam lagi bila tak dapat secawan kopi.  Penggemar kopi ada pelbagai pulak sama ada kopi kampung, kopi segera ataupun kopi yang telah diolah dan ditambah dengan bahan tambahan.

Fakta berkenaan kopi dengan teh yang terdapat kafien telah diketahui umum, memberi kebaikan dan kelemahan terhadap penggemarnya.  Namun ia berkait rapat dengan faktor genetik seseorang yang mana ada antara mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang cepat untuk mencernakan kafien manakala yang lambat akan memberi kesan sampingan yang negatif.  Begitu juga halnya dengan meminum teh.

Menikmati secawan kopi bersama kuih ataupun pastri di kala minum petang, merupakan momen-momen indah ini ditambah sekiranya pengambilannya dilakukan secara santai.

Mulia cuba belajar untuk mengambil kopi dalam minuman seharian, namun kesannya terhadap tubuh badan amat tidak memberangsangkan.  Kembung perut dan pelawasan yang tak sempurna sering kali berlaku.  Sebaliknya jika mengambil teh sebagai minuman, segalanya berjalan seperti biasa.
Wassalam

Sunday, 29 December 2013

Demam Ikan bakar pengubat rindu pada mak...

Assalam...
Tak tahulah nape asyik nak makan ikan bakar je.  Malam2 pun jadi bakar ikan, nasib baik tak bakar guna arang atau sabut kelapa kalau tak jenuh jiran tetangga pedih mata, berasap nanti.  Dahlah rumah di atas awan, so cara bakar ikan pun tak boleh guna cara tinggal atas tanah.  Guna oven atau hot platelah jawabnya.  

Orang lah lagi bertambah-tambah senang sebab ada magic pan.  Macam magic, petik api jer masak, kan senang.  Suatu hari nanti mungkin lagi magic kot, petik jari jer dah terhidang menu yang diingini.  Imaginasi terlampau betul Mulia ini.

Rindu nak makan masakan mak sebenarnya, mak cukup suka makan berlaukkan ikan bakar.  Kalau keputusan bekalan ikan segar, ikan kering pun mak bakar buat lauk.  Mak tak berapa gemar makan yang digoreng, mungkin sebab nak jaga pemakanan untuk mengawal tekanan darah tingginya.  Mulia tahu mak suka makan ikan sepat, mulia pernah beli ikan sepat yang telah dimasinkan.  Ceria je airmuka mak bila tengok ikan sepat dan terus mak bakar atas dapur beralaskan tudung periuk (salah satu cara orang lama).  Ikan yang telah siap dibakar, diketuk-ketuk dan disiram sedikit minyak kelapa yang dibuat sendiri.  Erm memang terangkat jika dimakan bersama nasi panas, sayur bening dan sambal daun kemangi.  


Rindunya pada mak, moment-moment yang lalu memang tidak boleh diulang lagi.  Mulia sentiasa doa semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik dan kami masih diberi kesempatan untuk bertemu dan mengulangi saat2 indah bersama.  

Wassalam.

Kiriman Dari Mertuaku..

Assalam..
Semalam lepas waktu kerja bergegas ke Kajang untuk mengambil kiriman dari mertuaku.  Yang jadi miss posmen kali ini adalah kakak ipar.  Tidak boleh tidak, kena ambik petang ini jugak, sebab beliau kirim benda makan takut basi tak sempat kami nak rasa.  Tengok apa yang dititipkan....

Tempoyak Ikan Patin.

Puyuh Percik.

Kulat Sisik

Cili Padi, bekalan yang tidak pernah putus sekarang ini dari mertuaku.

An Apple - hopefully am always be an apple in her eye....:) 

Semoga mertuaku dan ipar-iparku sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahkan dengan rahmat Allah yang tak terhingga.  
Wassalam.

Saturday, 28 December 2013

Bila kita berbudi...

Assalam...
Pepatah Melayu "orang berbudi, kita berbahasa" masih sinonim lagi ker dan diamalkan pada zaman ini?  Zaman di mana kebanyakkan orang lebih mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan perasaan orang lain.  Ada yang menghulur madu, dibalas dengan tuba, lebih suka menanam sikap prasangka terhadap orang lain sehingga jiran sepakat membawa berkat itu hanya sebagai alunan lagu kempen di radio yang tidak membawa apa-apa makna.

Sebenarnya Mulia nak cerita pengalaman Mulia mendiami rumah atas awan, banyak aspek dan benda yang perlu dikongsi.  Berkongsi Lift, tangga, dinding, koridor, lantai mahupun bumbung.  Macam boleh buat tajuk novel pulak "Bumbungmu adalah lantaiku" atau "Dindingmu adalah dindingku jua". 

Semalam balik kerja terserempak dengan penjual jagung, so beli 3 tongkol jagung rebus ingatkan malam ini nak makan jagung jer tak yah masak.  Tapi dalam perjalanan tetiba rajin nak masak, singgahlah kedai runcit beli ikan dan apa yang patut.  Masak seringkas boleh sementara en.Abe belum balik dan jagung biar dulu.  Elok siap masak en.Abe sampai, dia pun ada bawa balik bihun goreng dan barang makanan lainnya.  

Masuk-masuk rumah en.Abe cakap jagung dan bihun goreng nak sedekahkan kepada jiran sebelah.  Mulia ikut saja, lagipun Mulia dah masak.  Ingatkan en.Abe nak bagi jiran sebelah rumah seperti yang sebelum ini.  Rupa-rupanya jiran yang setentang dengan kami sebab jiran ini, memang jarang kami terserempak dan tak pernah bertegur sapa.  Menurut en.Abe, ketika nak masuk rumah, dia terpandang jiran setentang umah kami tengah santai depan rumah mereka.  Begitulah en.Abe nak mulakan perkenalan dengan jiran-jiran.

Tak sampai 10 minit en.Abe tutup pintu, dengar ada orang bagi salam.  Menyambut salam sambil buka pintu, rupa-rupanya jiran tadi nak pulangkan bekas dan disertakan dengan Kek Coklat Moist.  Jadi moral of the stories, jangan judge orang yang kita tidak kenal dan ada baiknya kita yang mengambil langkah pertama sebelum orang lain..
Wassalam.

Kalau dah terlebih rajin...

Assalamualaikum....
Hujung minggu, mood selalu tak sama dengan minggu lepas, soal rajin masak atau kemas rumah tu memang ada pasang surutnya.  Kalau dah terlebih rajin, hari bekerja boleh wat spring cleaning dan masak-masak sebaliknya hari cuti duk melengkor sampai ke petang.


Ini cerita masak-masak ketika keseorangan di rumah.  Tapi tengok masaknya tak serupa seorang nak makan.  Iyelah kejap lagi en.Abe balik, makan sekali lah.  Menu Ayam Masak Lemak Bugis (resepi boleh rujuk sini), Pucuk Paku Goreng Bersama Cendawan, Ikan Parang Goreng, Kerang Tumis dan Nasi Putih Herba Ponni. 



Istimewanya pucuk paku tu kiriman daripada mak mertua dari kampung.  Selepas mak mertua tahu Mulia gemar makan sayur ini, pasti ada kiriman pucuk paku daripada beliau.  Yang menjadi miss posmen adalah adik atau kakak ipar Mulia.
Wassalam.

Thursday, 26 December 2013

Suntikan Hepatitis B..

Assalam...
Sebelum ini Mulia ada cerita berkenaan pemeriksaan kesihatan dengan menggunakan vaucher percuma pemberian Perkeso.  Keputusan sudah pun diperolehi dan secara rasminya Mulia dianggap normal dan sihat.  Alhamdulillah, tetapi terdapat beberapa hal yang perlu dipertingkatkan.  

Semasa membuat pemeriksaan tempoh hari, doktor ada sarankan agar Mulia menambah pakej ujian.  Ini kerana menurut doktor yang Mulia jumpa itu, ujian yang diperuntukan oleh Perkeso adalah terhad dan secara am sahaja.  Melalui keputusan tersebut, doktor telah menyarankan agar Mulia mendapatkan suntikan vaksin untuk Hepatitis B.  Kerana ujian darah ke atas tindak balas sistem imun Mulia menunjukkan tidak terdapat tindak balas untuk Hepatitis B.

Kepentingan untuk mendapatkan suntikan ini boleh baca di sini.  Setahu Mulia untuk setiap bayi, mereka memang diperuntukan dan menjadi salah satu imunisasi yang wajib dan terdapat dalam jadual bagi setiap klinik-klinik kesihatan.  Untuk orang dewasa, suntikan ini boleh didapati di klinik biasa dan kadar bayaran setiap suntikan mengikut kadar yang ditentukan oleh klinik itu sendiri.  

Klinik yang Mulia buat pemeriksaan kesihatan tempoh hari mengenakan bayaran RM75.00 setiap suntikan, tetapi klinik yang Mulia pergi ini mengenakan bayaran hanya RM60.00 sahaja.  Mulia tak kisah sangat tentang bayaran itu, mungkin rezeki Mulia dapat yang murah sebab plan pada mulanya nak ke klinik pertama tetapi agak sukar kerana klinik itu hanya buka pada waktu pejabat dan tutup ketika hujung minggu.  Terdapat 3 suntikan diperlukan untuk vaksin hepatitis B, dan perlu diambil secara berperingkat.  Satu suntikan setiap bulan untuk suntikan pertama dan suntikan kedua, manakala suntikan ketiga selepas 6 bulan kemudian.   

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan apa itu Hepatatis B boleh klik Sini
Wassalam.

Restoran Vichuda tempat bertemu dan berpisah...

Assalam...
Penghujung hari bekerja minggu lepas, hujan turun membasahi bumi KL ini dengan lebat sekali.  Nak keluar mencari sesuatu untuk di masak pun malas, anak sedara (Linda) pulak esok nak kena hantar balik hostel dia, tak sempat nak bawa pergi jalan-jalan atau makan2.  Selama  dia ada di rumah Mulia, kurang sikit rasa sunyi kami.  

Sebelum dia datang rumah hari tu, Mulia dah minta izin dengan ayah Linda, supaya bila Linda duduk rumah nanti buatlah macam rumah sendiri. Bila kami keluar bekerja dia perlu mengurus keperluan dia sendiri seperti masak, minum dan basuh baju sendiri selama kami berpergian.  Ayah dia serahkan aje dekat Mulia dan berpesan didik dan anggap seperti anak sendiri.  Nak suruh tolong buat ape pun tak kisah.


Tak sangka pulak bila Linda duduk rumah seorang-seorang, kerja-kerja rumah yang Mulia tinggalkan/tangguhkan semua habis dibereskan olehnya.  Dah jadi macam bibik kami pulak.  Menyapu, basuh baju, lipat baju dan memasak untuk kami.  Mulia dan en.Abe dah pesan tak perlu susah payah memasak bagai untuk kami, cukup dia buat untuk diri dia sendiri.

Menurut Linda, dia sudah biasa buat kerja-kerja rumah lagipun bosan kalau duduk saja tak buat apa-apa kat rumah.  Alhamdulillah, lega Mulia dengar bila masih ada remaja perempuan yang suka buat kerja-kerja rumah di zaman gadjet bermaharajalela.    Sebab kebanyakkan yang Mulia jumpa walaupun umur dah dekat 20 tahun, masih tidak dapat berdikari dan menguruskan keperluan diri sendiri.  Teringat zaman Mulia remaja dulu-dulu, kebanyakkan kami yang umur baru 12 tahun sudah boleh melakukan semua pekerjaan rumahtangga dan pada masa yang sama jugak hadir ke sekolah seperti remaja-remaja sekarang.

Petang itu dah pesan pada Linda tak perlu nak masak dan selepas solat magrib kita semua keluar makan.  Tempat yang kami tuju yang dekat-dekat aje, lagi pun hujan lebat lagi kat luar tu.  Kebanyakkan restoran yang ada adalah restoran mamak, Mulia pula kurang gemar makanan kari dan berempah.  Tempat lain Mulia tak sure makanannya macam mana, so kami decide makan di Vichuda saja. 

En.Abe cakap dia tak nak makan, hanya teman dan minum sebab petang tadi dia dah makan bersama kawan sebelum balik kerja.  Yang nak makan cuma kami berdua, Cik Linda ini pula jenis makan sikit dan kena pantang daripada menikmati makanan seperti seafood dan telur akibat alahan yang teruk.  So kami hanya pesan nasi dengan lauk Ikan Siakap Stim Limau, Sup ekor dan Sayur Brocoli.

Mulia pujuk-pujuk en.Abe tolong sama-sama merata lauk yang ada.  Kalau nak harapkan kami berdua alamak memang tak habis.  Bazir kan tak baik dan tak nak jadi kawan syaitan laknatullah.  Perhatikan saja ikan stim yang bermandi cili padi ini, memang best. 
Bila fikir-fikir, Vichuda ni macam tempat meraihkan pertemuan dan perpisahan dengan Linda pula.  Masa balik ambik dia hari itu, kami singgah makan sini dan sekali lagi sini sebelum hantar dia balik hostel keesokan harinya.  Pada sesiapa yang nak datang makan di sini sila klik sini
Wassalam.

Mengeteh di Pancake House

Assalam...
Semalam bila dah puas melingkar di hari cuti, petang we all keluar gi makan.  Mula nak makan kat kedai mamak je, then buat sedikit urusan bank lepas makan.  Dah sampai bank, baru sedar handphone tertinggal kat umah pulak.  Dah jadi cam handicap sebab Mulia jenis store semua data ke dalam talepon.  Nak patah balik ambik tu memang bercintalah, dan yang pasti kalau dah masuk umah susah nak kuar balik.  Tangguhkan dulu ler.

En.Abe ubah haluan dan ajak gi ronda-ronda di Paradigm Mall.  Mulia ikut aje, lagipun baru jer kuar umah kalau terus balik umah, bosan jugak.   Penat berwindow kami cadang nak mengeteh.  Mula2 En.Abe ajak masuk Kedai Teh Tarik, tapi mata Mulia terpandangkan Pancake House.. 

Kalau dah nama mengeteh, haruslah ada teh kan, kami pilih Earl Grey Tea.  Kopi pun ada tapi kami memang penggemar teh, En.Abe sesekali layan jugak kopi namun tidak bagi Mulia.  So padanan dengan teh kami minta 3 keping Caremel Banana Walnut Pancake. 

Yang ini saja nak rase dessert Filipina, Hola-Hola namanya lebih kurang macam ais kacang kitalah.  Tapi yang ini unik sikit sebab kondimennya adalah sira pisang, sira keledek, jagung, isi nangka, karemel puding dan dilengkapi dengan ice cream keladi.

Hiasan dalam kedai yang sangat simple...i like the orange colour.



Jenuh Mulia nak menghabiskan semuanya kerana en.Abe tak berapa lalu disebabkan sakit tekak.  Akhirnya Hola-Holanya pancing dan makan yang isi-isi saja.
Wassalam.

Buah Markisa @ Passion Fruits

Assalam....
Pokok buah markisa sejenis tumbuhan yang menjalar untuk mendapatkan pencahayaan matahari.  Perkembangan pokok markisa amat baik jika dibuatkan kerangka untuk ianya menjalar atau ditumpangkan di pagar rumah seperti dalam gambar.   

Stigma bunga markisa.

Buah markisa yang berwarna ungu ditanam untuk sebagai bekalan buah segar yang boleh dimakan terus, manakala yang berwarana kuning difokuskan untuk penghasilan jus markisa.

Ini adalah isi pulpa buah markisa yang telah masak dan boleh dimakan begitu saja.  Rasa buah adalah masam manis dan berbau harum.

Buah markisa yang belum matang.

Buah markisa yang matang berubah warna kulit dan akan gugur dengan sendirinya. 
Wassalam.