Tuesday 17 December 2013

Road to Gunung Jerai..

Assalam...
Kembara ke Daerah Gurun dan Yan, Kedah yang tiada dalam perancangan pada mula, akhirnya membawa kami menjejakkan kaki ke puncak Gunung Jerai.  Begitulah perancangan Allah yang maha sempurna.  Setelah sekian lama memendam hasrat untuk menjejaki kaki ke puncak, kini ianya terlaksana dan Allah telah menentukan bahawa orang yang akan menemani adalah suami sendiri.

Ini adalah pandangan ke arah puncak Gunung Jerai dari Sungai Petani.  


Dari Sungai Petani, kami menuju ke Utara melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar dengan mengambil Exit ke Gurun.

Kita akan melalui pekan Gurun dan di persimpangan lampu isyarat, anda perlu belok ke kanan menuju arah ke Alor Setar.

Hanya lebih kurang 15 minit dari pekan Gurun, kita akan melihat papan tanda Gunung Jerai di sebelah kiri.

Di kiri kanan jalan, kita juga akan melalui gerai-gerai yang menjual air nira nipah ini.

Ya, ini kita sudah disampai di kaki Gunung Jerai.  Terdapat van penumpang yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke puncak sekiranya pengunjung tidak mahu memandu sendiri. 

Masa kami sampai di kaki gunung, sudah agak lewat dan hampir waktu asar.  Kami terus bersetuju bila seorang pakcik yang sudi menawarkan khidmat membawa kami berdua ke puncak dengan harga yang amat berpatutan.

Keadaan jalan yang berliku-liku, selekoh tajam namun dalam keadaan baik, membolehkan ramai antara pengunjung yang mengambil keputusan untuk memandu sendiri hingga ke puncak Gunung Jerai.  Namun pakcik driver itu pesan, mereka yang hendak ke Gunung Jerai tidak boleh bermulut capui (istilah celupar atau cakap besar bagi orang utara).  Pesanan ini rasanya perlu ditanamkan pada setiap individu yang hendak mendaki walau mana-mana gunung sekali pun.
  

Perjalanan sejauh 13 kilometer mendaki mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai.

Terdapat banyak selekoh tajam seperti ini.  Kona lipat istilah pakcik driver, lebih daripada 180 darjah kan? 

Tanda aras yang menunjukkan kita telah sampai pada separuh perjalanan mendaki ke puncak.

Kawasan pergunungan ini merupakan kawasan hutan simpan yang asal dan ianya telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Gunung Jerai.

Sebelum sampai ke puncak, terdapat Muzium Perhutanan dan kem rekreasi.  Tidak dapat singgah sebab dah lewat senja dan rush nak balik.

Pengunjung sebenarnya boleh memandu  sendiri sehingga ke puncak Gunung Jerai.  Namun dinasihatkan agar memastikan kenderaan anda di tahap yang memuaskan.  Sebab melalui pengamatan kami ketika perjalanan mendaki dan menurun terdapat beberapa kenderaan yang tersadai kerana mengalami masalah.

Ini adalah antara kawasan parkir yang disediakan di puncak Gunung Jerai.

Contoh van penumpang yang membawa pengunjung ke puncak Gunung Jerai.  Charge yang dikenakan untuk perjalanan pergi dan balik adalah RM130 dengan van yang boleh memuatkan sehingga 12 orang.  Tapi kami dapat harga special walaupun kami naik berdua saja, plus dengan masa menunggu kami untuk bergambar-gambar, harga RM50.00 memang amat berbaloi-baloi.

Pada sesiapa yang berhajat untuk berkunjung ker Gunung Jerai, Pak Long sedia membantu dan anda boleh menghubungi nombor seperti di bawah.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment