Thursday, 12 December 2013

Jemputan Majlis Kesyukuran di Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum...
Jemputan ke majlis kesyukuran, kalau di negeri-negeri lain dengarnya macam kenduri biasa-biasa macam kenduri doa selamat seperti khatam Quran, cukur jambul ataupun berkhatan.  Tapi di negeri Cik Siti Wan Kembang, istilah ini membawa maksud yang lain.

Majlis kesyukuran adalah majlis perkahwinan jugak, sebab dibuat ala kadar ker? tak jugak sebab siap ada khemah bagai, jemputan pun ratusan hingga ribu orang yang datang.

Nak bagi clearkan maksud tu, Mulia risik2 dengan mertuaku yang memang asal Kota Bahru, Kelantan.  Menurut beliau, kalau di sebut jemputan kenduri kesyukuran, tuan rumah berniat hendak menjemput tetamu datang makan free untuk meraihkan majlis. 

Kiranya mereka tidak akan menerima sumbangan berupa duit daripada tetamu. Kemungkinan ada tetamu yang akan membawa barang seperti biskut, gula mahupun hadiah untuk pengantin.


Kalau jemputan untuk majlis perkhawinan pulak, tetamu yang datang kena beri sumbangan kepada tuan rumah.  So lepas ini pandai-pandailah bila dapat jemputan jenis apa yek.

Acara membatalkan air sembahyang selepas akad dan nikah.

Lauk pauk kenduri disediakan sendiri oleh tuan rumah, bergotong royong memasak bersama-sama dengan adik beradik yang lain.  Jenuh juga nak siapkan kalau kita ini jenis dari keluarga yang kurang adik beradik kan?

Ini antara barangan hantaran yang disediakan oleh pihak pengantin.

Kepada pasangan pengantin baru Nurul dan Yuseri kami doakan semoga jodoh berpanjangan, dikurniakan rumahtangga yang sakinah, mawahdah warahmah dan bercinta hingga ke syurga. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment