Saturday, 14 December 2013

Mengintai di Dapur Sebuah Kilang Kayu...

Assalam...
Mulia tidak tahu nak mulakan cerita untuk entri kali ini, untuk memberi warna cerita jauh sekali.  Mungkin dengan meneliti gambar-gambar pun tidak memberi sesuatu yang menarik.  Tiada yang istimewa, seakan berada di ruang yang besar, terdapat perabot-perabot lama dan usang dan tidak digunakan lagi.  Namun menurut pekerja yang ditemui, ruang ini masih digunakan oleh pekerja.

Ini adalah ruang makan atau dapur yang dikhaskan untuk pekerja di sebuah kilang kayu (Sawmill).  Terdapat beberapa buah meja seperti ini kelihatan usang namun keadaannya masih baik dan solid.


Papan kenyataan yang menempatkan notis atau peraturan-peraturan untuk pekerja dan  pihak majikan.  Nampak dah terlalu usang dan berhabuk, namun diteliti dari tarikh notis-notis itu dikeluarkan tahun bertarikh tahun 2013 dan 2012. 


Bar stool yang masih solid, seakan yang terdapat di kopitiam.

Mulia pasti bangku kayu ini diperbuat daripada lebihan kayu-kayu buangan kilang ini.  Mungkin orang yang membuatnya adalah pekerja kilang itu sendiri.

Ini tong untuk menyimpan air, binaan kekal yang diperbuat daripada batu dan simen.  Memudahkan pekerja untuk mendapat bekalan air sekiranya paip air tidak berfungsi.

Tempat tadahan pinggan mangkuk.

Singki satu kecil dan satu besar.  Singki besar itu agaknya membasuh peralatan besar seperti periuk.


Susunan periuk mengikut saiz.

Mulia sangat tertarik sebenarnya tentang dapur ini.  Binaan kekal dan berbentuk pulau yang turut dilengkapi dengan hook yang besar. 

Periuk ini jugak klasik..bentuk seperti periuk tanah dan cantik terletak di atas tungku.

Bahan api tentunya menggunakan kayu hasil buangan kilang.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment