Thursday, 12 December 2013

Nira Nipah the best in Gurun, Kedah

Assalam...
Misi mencari air nipah atau nira nipah, sesuatu yang tiada dalam perancangan ketika berkunjung ke utara baru-baru ini.  Lepas berjumpa dengan sepupu, plan nak pergi rumah kawan lama yang dah lama tak jumpa di Sungai Lalang, Sungai Petani.  Tup tup kawan tu pulak out station ke Singapura.

Oleh kerana Cek Abe saya ni tak pernah sampai ke Gurun lagi.  Saya pun ajaklah jalan-jalan untuk menyaksikan keindahan daerah ini.  Sebenarnya saya rindu nak minum air nirah yang banyak dijual di gerai-gerai sepanjang jalan.


Bagi sesiapa yang belum pernah minum air nira ini, memang sedap sangat. Rasa manis dan harum.  Saya seorang minum 3 peket.  Lepas geram keinginan yang ditahan bertahun-tahun. 

Satu peket macam ini harga RM2.50

Gerai-gerai di kawasan ini turut menjual 
kopi kampung

Kuah Rojak,

Jagung rebus, jagung bakar dan yang mentah
Wassalam.

No comments:

Post a comment