Tuesday, 24 December 2013

Daniyel Datang Umah..

Assalam.
Abah Daniyel call bagi tahu nak datang umah malam.  Sudah lama kami tak menjenguk budak tecik ini, sekarang abah dan umi dia nak bawa dia datang jenguk Mama Dom (gelaran Daniyel pada Mulia).

Last datang beberapa bulan lepas, masa tu baru belajar meniarap.  Now dia datang dah besar...dah pandai berdiri, merangkak dah laju sangat. Kanak-kanak peringkat umur beginilah yang ibu bapa perlu beri pengawasan lebih.  Semua benda menarik perhatian dan hendak dicapai.  

Menurut abah dan umi si Daniyel nie, jari dah masuk kipas, terpegang ubat nyamuk, terhantuk ke bucu meja. Ngeri jer bila mengingatkan semua tu kan.  Semasa beberapa jam di rumah Mulia baru-baru ini,  semua orang jenuh jugak nak kepung dia, merangkak ke dapur, tarik tudung saji, selongkar rak buku, masuk bawah mesin jahit dan apa saja yang menarik perhatiannya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment