Friday, 13 December 2013

Pergi IKEA semata-mata untuk KARIPAP...

Assalam...
Penangan makan karipap yang dijual di IKEA menjadikan aku tergila-gila.  Nak makan dan makan lagi, siap buat promosi percuma untuk kawan-kawan yang tinggal di luar Lembah Kelang tentang keenakan rasa karipap ini.

Harga satu biji RM1.00, kalau beli 1/2 dozen cuma RM5.50 sahaja. Dengan saiz karipap yang besar dan rasa yang memang sangat sedap.  Memang berbaloi-baloi...sejak mula-mula dulu usaha merisik air tangan sapalah yang buat karipap sedap ini? Namun hingga kini masih belum berhasil. 

Ada ketikanya sewaktu melalui kawasan ini, kami akan singgah hanya untuk membeli karipap.  En. Abe atau kawan yang jadi driver cuma tunggu dalam kereta yang diparkir di tepi jalan.  Adalah dalam 2, 3 kali buat kerja macam tu.

Kali ini, beli 1 dozen sekali...makkaiii nak perabih 2 orang jer.  Anak sedara yang di rumah itu tak boleh makan sebab dia allergic dengan telur.  Akibatnya 3 pagi dan 3 malam Mulia dan En. Abe sarapan dan dinner makan karipap. 
Wassam.

No comments:

Post a Comment