Saturday, 14 December 2013

Meja Pengantin Dan Makan Beradat (Simple Table Setting For Malay Wedding)...

Assalam..
Meja pengantin untuk makan beradat, makan beradat adalah budaya atau adat Orang Melayu, pengantin disediakan tempat yang khas untuk bersantap.  Lagipun dah diberi gelaran Raja Sehari, maka tempat untuk menjamu selera harus di tempat yang khas, macam raja-raja.  

Zaman ini meja pengantin ada yang melebihi meja raja, terpulang kemampuan dan sambutan yang diingini.  Kalau orang dulu-dulu, takut buat sambutan melebihi acara orang istana. Takut Daulat, Sultan boleh murka, boleh dibuang negeri.  Kini?....

Menu yang disediakan untuk meja pengantin adalah istimewa daripada menu yang dihidangkan kepada tetamu.   

Ini adalah contoh meja pengantin yang ringkas.  Hanya disediakan 4 tempat duduk, iaitu untuk pengantin dan ibu bapa pengantin.

Pemanis mulut turut disediakan, ini ada ciri-ciri tradisional dengan menggunakan tapai dan buah-buahan.

Air minuman yang menjadi pilihan utama adalah air sirap atau air sirap selasih.

Sedikit ukiran buah-buahan dan bunga yang dijadikan sebagai hiasan (center piece) di meja pengantin.

Datang ke Tanah Melayu, baru Mulia lebih terdedah kepada budaya makan beradat dan meja pengantin ini.  Tempat Mulia takde budaya seperti ini.  Pengantin tidak dibenarkan makan dikhalayak apa lagi berdepan dengan ibu bapa mertua atau ipar duai.  Pengantin turut disediakan menu khas namun hanya makan berdua selepas majlis.  Begitulah lain padang lain belalang, lain tempat lain adat dan budayanya..
Wassalam.

No comments:

Post a Comment