Wednesday, 15 January 2014

Kembara Sehari ke Pulau Pinang...

Assalam...
Destinasi kembara sehari kami ialah Pulau Pinang.  Atas beberapa urusan penting sebenarnya, tapi sambil2 nyelam sambil minum air lah katakan.  Kembara kali ini kami memilih mengunakan perkhidmatan pengangkutan awam pergi dan balik kecuali semasa dari rumah ke stesen lrt.

Dari Kelana Jaya kami menaiki lrt ke KL Sentral.  Mulanya kami bercadang nak naik bas ke KLIA, namun agak terlewat malam itu.  So invest lah sikit naik KLIA Ekspress lebih selesa dan cepat daripada menaiki teksi.  Sebenarnya kami pilih berjalan-jalan sambil bersantai walaupun penerbangan pada awal pagi keesokkan hari, kami dah start our journey at midnight.

Dah nak mendarat, dalam gambar bawah ini penempatan di tepi landasan lapangan terbang Pulau Pinang Kampung Binjai & Kampung Permatang Damar Laut.

Wajah baru Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang telah siap pengubahsuaian dan penambah baikkan.  Terdapat penambahan bilangan gate dan susun atur ruang dalaman.



Pada penggemar nasi kandar Line Clear tidak perlu ke down town, turun-turun kapal terbang dah boleh nikmatinya di sini.  Terletak berhadapan pintu balai ketibaan utama.  Tapi kami tak singgah sini, Mulia cakap kat hubby simpan perut untuk makan di restoran yang Mulia rasa lagi best. 

Sungguh selesa menggunakan perkhidmatan yang terdapat di lapangan terbang ini sekarang.  Perkhidmatan bas Rapid Penang mengambil dan menurunkan penumpang hingga ke bangunan terminal memberi pilihan kepada penumpang.

Sebelum mulakan urusan rasmi, kami singgah sarapan nasi kandar di sebuah restoran nasi kandar jugak yang terletak di Jalan Tengah.  Di sini sebenarnya dari hujung ke hujung rumah kedai itu terdapat banyak restoran nasi kandar.  

Selepas selesai urusan penting itu, kami menuju ke sebuah pekan kecil atau lebih tepatnya penempatan nelayan di sebelah selatan pulau iaitu Teluk Kumbar.  Apa yang dicari akan diceritakan dalam N3 seterusnya.

Meniti titian konkrit ke tengah laut ketika rembang matahari betul-betul di atas kepala.

Perkampungan nelayan yang semakin hari semakin rancak dengan pembangunan.

Melepas rindu dan lelah barang sejenak di rumah sahabat karib.  Tengok budak2 tu pun semua suka cik.At (gelaran untuk Mulia) diorang datang melawat.  Petang itu mak bapak budak-budak ini yang antar kami ke Penang Airport untuk menaiki kapal terbang merah.  Dari ke LCCT  menaiki bas ke Bandar Utama dan sambung dengan Teksi balik ke rumah. 
Dapatlah disimpulkan bahawa kami memang santai giler dengan menaiki pelbagai mode pengangkutan dari origin ke destinasi.
Origin / Destinasi = PJ - PENANG - PJ
Mode pengankutan = LRT - ERL - FLIGHT - BAS - FLIGHT - BAS - TEKSI.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment