Monday, 20 January 2014

Mee Udang Pulau Pinang Paling Sedap Di Ilyana Cafe.

Assalam...
Inilah dia menu yang sentiasa mengujakan apabila namanya disebut-sebut.  Suatu ketika dahulu, bila orang sebut je mee udang, tengah malam pun Mulia dan sahabat baik Mulia boleh pederas kereta atau motor untuk pergi ke kedai ini.  Punya dok gila orang Penang kata.

Cafe ini sebenarnya menyediakan banyak makanan lain selain mee udang, tetapi most of the time when we all datang sini makan Mee Udang saja.  Ruang makan terbahagi kepada 2 tempat dalam bilik berhawa dingin dan ruang biasa.

Ini kawasan ruang luar cafe, pengunjung belum ramai sebab masih awal dan cafe baru buka ketika itu.

Interior dalam bilik berhawa dingin yang simple.

Tak ketinggalan menggunakan teknologi baru untuk meningkatkan perkhidmatan cafe.

3 gelas untuk 2 orang.

Inilah rupa mee udang Ilyana Cafe yang terlajak sedap itu mengikut selera Mulia.  Gerai lain pun Mulia pun pernah cuba tapi yang ini paling sesuai dengan selera Mulia.  Yang lain tu biasalah, ada yang terlebih pedas, terlebih manis, dan terlebih masam..

Sedang up date entry pun, kecur air liur mengingat akan kesedapannya.  Namun ku punya hati, lokasiku dah jauh tidak seperti dulu...mampu bersabar saja.

Thumbs Up bro....mula-mula kata nak order satu pinggan, nak share sudahlah.  Bila dah dapat pinggan pertama susah nak lepas, terpaksalah order lagi.

Alhamdulillah,  licin hingga ke titisan kuah yang terakhir.  Harga untuk sepinggan antara RM10.00 hingga RM20.00 sepinggan mengikut saiz dan stock udang yang ada. Yang kami pesan ini saiz sederhana sebab hanya saiz udang begitu saja yang available ketika itu. 

Ketika kami tengah santap, geng ketua polis Penang pun mai makan sekali kat restoran ini.

Tuan punya cafe turut mengeluarkan paste kuah untuk membuat mee udang

dan kuah kari kepala ikan.

Lokasi cafe ini terletak di Jalan Cikgu Abu. Apabila sampai di Pekan Teluk Kumbar, ada akan jumpa persimpangan Jalan Balik Pulau dan Jalan Gertak Sanggul.  Anda perlu belok ke kiri melalui Jalan Gertak Sanggul (direction ini bila anda datang dari arah Bayan Lepas).

Anda akan jumpa Balai Polis Teluk Kumbar di sebelah kiri,

di sebelah balai polis itu adalah Klinik Desa Teluk Kumbar, selepas itu akan ada simpang jalan di sebelah kiri, itulah Jalan Cikgu Abu.  Jarak Ilyana Cafe hanya kira-kira 100m dari jalan utama (Jalan Gertak Sanggul).
Wassalam.

No comments:

Post a Comment