Assalam...
Cerita awal bulan ini banyak berkisar tentang makan-makan. Atas memenuhi jemputan, pelawaan kawan-kawan, meraikan sedara mara mahupun memenuhi tuntunan nafsu makan sendiri. Kali ini kami ke Rasta yang terletak di TTDI, Sungai Pencala kerana di sini banyak pilihan menu, western, melayu, indonesian, tomyam, arab, chinese, sate dan lain-lain lagi. Konsep makan di sini, pelayan setiap gerai akan datang kepada pelanggan dengan membawa menu gerai yang mereka wakili. Pilih dan pesan apa yang hendak di makan.
Sebagai pembuka selera, kami pesan dan makan pisang goreng dulu, orang kampung ke bumi mana pun mesti nak cari makanannya.
Sebenarnya teringin nak rase makan menu western diluar. Lama dah tak makan chicken chop kat luar.
Ini pilihan en.Abe, Chicken burger
Mr. Okke pilih yang ini (Nasi claypot cendawan) sebab dia kata nak makan nasi. Banyak jenis menu nasi sebenarnya yang ada di jual di sini, nasi ayam penyet, nasi arab dan goreng-goreng. Sengaja order ini untuk dia, sebagai intro.
Makanan yang dipesan dan sampai semua, jom kita makan sebelum sejuk.
Komen yang ini - hampir terbakar lidah kerana panas katanya. Agaknya rasa pun biasa-biasa saja sebab tu tak habis. Selalu boleh makan bertambah-tambah al maklum masih remaja yang masih pertumbuhan belum muktamad. Lepas makan En.Abe mesti komen banyak pasal food, begitu begini mengikut teorinya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment