Monday, 6 January 2014

Makan Malam Yang Ringkas.

Assalam...
Hari bekerja agak jarang masak untuk makan malam kami berdua, tapi kalau ada tetamu kami masaklah.  Takut tetamu kelaparang sebab mengikut rentak tuan rumah yang nak berdiet konon-kononnya.  Maksud bila kami ada tetamu, program diet kami ke lauttttt....., sebab tuan rumah makan lebih2 dari tetamu...hehehe.

Untuk malam menu ringkas2 jer, satu jenis menu sayur dan sejenis menu protein (ayam atau daging atau ikan).  Banyaknya ayam sebab en.Abe mengemar ayam.  Ini menu malam jumaat lepas, sayur peria goreng dengan telur dan kari ikan kembung rebus.

Mulia kalau dah ada sayur peria ini, takde lauk lain pun dah boleh jalan...Sedap sangat rasa pahitnya tu...teringat seorang junior masa belajar dulu boleh gelarkan Mulia sebagai Dewi Pemakan Sayur...boleh gitu sebab bagi dia siapa yang boleh makan peria ini bagi dia dah tahap tertinggi dalam carta pemakan sayur....hehehe.  Syukur en.Abe pun suka makan peria, tu yang tambah-tambah sayang kat dia.

Kari ikan kembung rebus untuk en.Abe, Mulia tumpang sikit ikannya.
Wassalam

No comments:

Post a Comment