Assalam...
Antara petikan kata dari Prof Dr. Muhaya "Betapa ramai orang yang sakit berjuang untuk meneruskan kehidupan. Jika
tujuan hidup bukan untuk menjadi hamba Allah dan mencari redha Allah
alangkah sia sia. Jom sesiapa yang ada penyakit fizikal tentukan tidak
ada penyakit iman dan masih degil dgn perintah ALlah. Setiap hari lihat
tingkah laku kita ke arah neraka atau syurga. Lihat pakaian kita ibadah
dan akhlak kita. Jom audit..."
Ini adalah antara petikan kata-kata nasihat yang disampaikan oleh Prof Dr. Muhaya semasa menghadiri kuliah magrib di Masjid At Taqwa Subang Permai Shah Alam pada hari selasa lepas. Majlis ini dipengurusikan oleh Ustaz Roslan dan berlangsung selama satu setengah jam. Kaum hawa seakan mendominasi suasana malam itu dengan bertanyakan pelbagai soalan yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan. Jemaah lain jugak tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan kata-kata inspirasi daripada Prof. Semoga semua jemaah yang hadir mendapat redha dan rahmat Allah swt.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment