Tuesday, 7 January 2014

Nostalgia Kantin Sekolahku...

Sumber gambar dari saudara Jamiloc Hassanovic di FB Group SK SG MANILA, SANDAKAN
Assalam... 
Ini adalah gambar sebenar sebuah kantin sekolah rendah di pinggir perkampungan dan tanah rancangan pertanian di Daerah Sandakan, Sabah pada tahun 1980-an.  Nak kata pedalaman sangat pun tidak, hanya 30 minit ke lapangan terbang dan kira-kira 1 jam ke pusat bandar.  Ketika itu sistem perhubungan utama menggunakan jalan batu kelikir, masih tidak berturap dan sebahagiannya masih tanah merah.  Bayangkan sekiranya musim tengkujuh, bukan sekadar kasut, uniform sekolah murid-murid tiada kata untuk menggambarkan betapa comot dan kotornya kami ketika itu.  Ada antara kami yang di mandikan semula sebelum masuk ke kelas memulakan sesi pembelajaran.   Ketika itu juga anak-anak dari tanah rancangan pertanian diangkut ke sekolah menggunakan lori yang turut digunakan untuk mengangkut baja atau tandan-tandan kelapa sawit ketika itu.

Menurut sumber, gambar ini dirakam ketika tahun 1988, tiga tahun selepas Mulia meninggalkan sekolah ini.  Di kantin daif inilah kami disajikan dengan menu yang tentunya sangat menyelerakan buat kami sebagai kanak-kanak sekolah pada tahun 1980-an.  Nostalgia makan Ice-Cream Malaysia dan Pulut Panggang dengan harga (10 sen) sepuluh sen dan (15 sen) lima belas sen yang menjadi kegemaran Mulia ketika itu akan kekal terpahat dalam memori.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment