Monday, 20 January 2014

Buffet Durian, SS2 Petaling Jaya.

Assalam...
Cerita last week, lepas waktu kerja tertunai hajat nak makan durian.  Sejak bulan lepas lagi teringin nak makan durian, tangguh sebab en.Abe sakit tekak, Mulia pulak bibir pecah sebab allergic seafood.  Last week ada geng ajak pergi makan buffet durian, apalagi tak perlu tangguh-tangguh...kita pederassss. 

Kami pilih makan kat gerai yang hujung, gerai yang selalu kami pergi.  Charge hanya RM9.00 seorang makan sampai pengsan.  Sebenarnya banyak lagi gerai kat sini, pengunjung boleh pilih.  Kalau musim buah durian tengah banyak diorang boleh offer RM7.00 sekepala makan sampai puas, macam kat gerai tengah tu. 


Inilah jagoh makan durian, dari awal sampai akhir non stop...cayala bro...
Bagi peminat durian sekalian, sebagai panduan kat mana tempat ini sila klik di sini.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment