Wednesday, 15 January 2014

Nasi Dagang & Gulai Tongkol Versi Che Nasa

Assalam...
Projek hujung minggu, en.Abe buat percubaan memasak sendiri nasi dagang kegemarannya, sebab nak makan puas-puas katanya.  Selalu beli je kan, paling murah nasi dagang dengan seketul ikan tongkol sahaja tidak termasuk jelatah kena charge RM6.00.  Itu standard harga pasar malam atau gerai tepi jalan je, kalau standard restoran faham-faham ajelah mungkin up lagi. Selain beras nasi dagang yang agak mahal, kemungkinan sebab proses nak memasak itu sedikit renyah.  Ini kerana perlu melalui proses mengukus yang berulang-ulang yang menjadikan nasi dagang agak unik dan harga jugak tiada kompromi. 

Toskan beras dan gaul bersama hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan halba.

Tumiskan bawang hiris hingga kekuningan.

Masukkan rempah dan tumis hingga masak.

Rebus ikan tongkol bersama asam keping dan garam.

Kukuskan beras nasi dagang, buat lubang di tengah-tengah untuk wap.

Isi ikan tongkol yang telah direbus.

Keluarkan beras nasi dagang dari kukusan dan gaul bersama dengan santan.  Kukus kembali dan ulang proses sebanyak 3 kali (sehingga nasi betul2 masak).

Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol
Sumber: En. Abe

Bahan Untuk Nasi
3 cawan beras nasi dagang - rendam semalam bersama asam keping.
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inc. halia - hiris
1 sudu teh halba
1 kotak kecil (250ml) santan
Garam
Gula
*Beras yang telah ditos gaulkan dengan bawang dan halba.  Kukuskan selama 20 minit.  Buat lubang di tengah-tengah pengukus untuk agar wap naik ke permukaan.
*Keluarkan nasi dan gaul bersama santan yang telah dicampur dengan sedikir gula dan garam.  Kukus kembali selama 20 minit.  Ulang proses ini sebanyak 2 kali (proses mengaul dengan santan sebanyak 2 kali sahaja)
*Selepas kukusan kali ke-3 (sehingga nasi masak), nasi boleh terus dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan jelatah.

Bahan Untuk Gulai Ikan
1 ekor ikan tongkol - potong keping2 dan rebus bersama asam keping dan garam.
1/2 sudu teh halba campur.
100gm rempah kari ikan (kami tukar guna 1 paket rempah kerutup (campur air hingga jadi paste)
Garam
Gula
Air asam jawa
Minyak 
Air
1 kotak kecil (250ml) santan
Bahan hiris - 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inc. halia
Bahan blend - 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inc. halia
*Tumiskan bahan hiris hingga kekuningan.  Masukkan halba campur dan bahan blend.  Tumis hingga naik minyak.  
*Masukkan rempah paste dan air, tumis lagi dengan api sederhana hingga rempah masak.
*Masukkan ikan, air asam jawa dan perasakan.  
*Masukkan santan dan didihkan sekejap sebelum tutup api.

Bahan Untuk Jelatah
1 biji timun - hiris memanjang
1 biji carrot - hiris memanjang
2 ulas bawang besar - hiris
5 biji cili padi - hiris
1/2 biji nenas - potong kiub
Gula
Garam
3 sudu besar cuka 

*Campurkan gula, garam dan cuka.  Masukkan semua sayur-sayur yang telah dihiris dan gaul rata.
Wassalam

No comments:

Post a Comment