Sunday, 5 January 2014

Penyet-Penyet Di Wong Solo.

Assalam...
Ini cerita makan-makan lagi, kali ini kami nak rasa penyet-penyer di Wong Solo.  Kami pergi restoran cawangan yang terletak di Sekyen 7 Shah Alam.  Senang jer nak pergi tempat ini sebab area ini dekat dengan ICT dan di dalam kawasan shopping (Jakel, Gulatis, Ariani, Syazzara dan banyak lagi).

Beginilah mereka yang pencinta makanan.  Kalau tak silap semua berazam tahun baru ini nak diet.  Tapi agenda makan-makan setiap hari, konfius akak atau i yang silap dengar azam diorang ini..

Menu killer Wong Solo semestinya adalah set penyet yang disediakan.  Set Penyet Ayam Bakar, Ayam Penyet, Empel Sapi dan Lele Penyet berserta sambal yang power gillerrrrrrrr.

Ini adalah set Ayam Penyet

Sebelum keluar rumah tadi i dah nasi makan actually, so just pilih yang ringan-ringan Tempe / Tahu Penyet.

Dan Gado-gado yang sangat sedap kuah kacangnya (terasa bau kecur, rasa authentic Indonesia).  Sebenarnya yang ini tak ringan sebab portion agak besar dan en.Abe yang tolong i perabih yang ni...

Selain itu, kami juga ada memesan menu lain Empel Sapi dan Chicken Wing Steak yang tiada dalam gambar.

Pilihan i Jus Timun, en.Abe Jus Poligami...(aik ada maksud tersirat ker).  Buah Mango, Avocado, Timun dan Tembikai dipoligamikan bersama.

Menurut mereke ini, Es Buah ini yang paling sedap..

Boleh pilih pakej ape yang nak, ke Medan, Bandung, Surabaya atau Jakarta.

Alhamdulillah kenyang...bagi mereka yang belum pernah mampir, sila mampir ya ibu-ibu, bapak-bapak.  Agak sukar juga nak mencari tempat duduk sebab sentiasa penuh jer restoran ini dan harus QUE ya..
Wassalam.

No comments:

Post a Comment