Assalam...
Teringat Rancangan kuiz keluarga (Singer Menawan Keluarga Bahgia) tahun 80-an yang diacarakan oleh alyarham Sudirman Hj Arshad. Terima kasih suami kerana sudi membawa sayang ke sini. Bukan jauh sangat pun tempat ini tapi sebab kami jarang dapat cuti hari yang sama tu yang asyik tertangguh program ke kedai Singer ini.
Sebenarnya nak mencari motor untuk mesin jahit Singer pemberian kawan baikku. Sebelum ini kalau menjahit hanya guna kaki dan bunyi ketak..ketuk..ketak..ketuk yang boleh didengari oleh semua penghuni blok rumah pangsa. Kalau tanya kaki mesti dijawapnya naik lenguh dan kebas dah ni ha....
Mulia bukan tukang jahit pro dan tak pernah menghadiri mana2 kursus dalam bidang ini. Dulu sekadar mengacau mak setiap kali dia menjahit, dari situlah Mulia belajar menjahit kain batik, langsir dan sedikit baju. Pendek kata nak jahit yang basic2 tu bolehlah, yang jahitan lurus jadi bengkok juge. Tapi menyedari Mulia ini jenis yang tak tahan sabar maka bidang ini lama2 Mulia jadi tak minat dan tak mahu ambil serius.

Tak serius, tak serius pun Mulia fikirkan ini antara benda wajib yang perlu ada di setiap rumah. Senang jika ada, nak jahit benda yang mudah2 boleh dilakukan sendiri. tak perlulah nak hantar ke tailor. Jimat belanja puan-puan. Nak potong seluar labuh je pun kurang2 chargenye RM6.00 sepasang kat tailor. Tu belum lagi kain langsir yang panjang berjela. Apa-ape pun tepuk dada tanya selera.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment