Tuesday, 26 November 2013

Buang Angin, Sedut Angin Di PCB

Assalam...
Sebelum tahun 90-an PCB dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Namun atas sebab-sebab tertentu telah ditukarkan namanya kepada Pantai Cahaya Bulan, yang mana singkatan PCB masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Suatu ketika dahulu pernah berkunjung ke sini sambil lalu kata orang.  Keadaan pantai berpasir putih terbentang bukan seperti hari ini, hampir semua permukaan pantai di tutupi dengan bongkah batu-batu.   Mungkin sebagai tebatan ombak untuk mengelakkan hakisan pantai yang serius yang turut menyukarkan pengunjung untuk mandi manda (sebenarnya kebanyakkan pantai di kawasan negeri-negeri pantai Timur tidak sesuai dan merbahaya untuk aktiviti mandi manda kerana keadaan kecerunan pantai yang terlalu curam).
 

Kami memilih untuk merasa lokan bakar dan sata ikan ini.  Namun kerana tidak nyaman badan, semuanya jadi tawar dan tidak lalu makan.


Hajat hati nak berlama-lama sambil menikmati ikan celup tepung (ICT).  Apakan daya diriku yang kemasukkan angin dan tidak dapat bertahan.  Dalam pada yang sama terima panggilan telefon yang berkehendakkan kami balik ke Kota Bharu.  itulah jadilah sedut angin dan buang angin saja di sini... 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment