Friday 29 November 2013

Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan

Assalam...
Masjid Muhammadi sebelum ini (sebelum tahun 1931) dikenali sebagai Masjid Besar Kota Bharu.  Mula didirikan pada tahun 1867 dengan keseluruhan strukturnya diperbuat daripada kayu.  Masjid ini merupakan tempat ulama terkenal Kelantan iaitu Tok Kenali menimba ilmu dan mengajarkan ilmu beliau kepada anak-anak muridnya.
 

Pada tahun 1922, bermula kerja-kerja pengantian binaan masjid daripada kayu kepada binaan baru.

Ditukar nama kepada Masjid Muhammadi ketika pembukaan secara rasmi oleh Almarhum Sultan Ismail pada tahun 1931.  Acara pengajian masih berterusan s bermula jam 7 pagi hingga 8.00pagi dan dilakukan setiap hari mengikut kaedah Tok Kenali.

Seni bina English pada bangunan menara dan hiasan dalaman masjid.

Lokasinya di Jalan Masjid.

Berdekatan dengan...

Memorial Peperangan Dunia Kedua.

Muzium Islam

Apa benda ala ini? di kawasan memorial perang dunia ke-2, agak2 ape yek...alat perhubungan kot, bentuk seperti setelit...

Dekat dari pintu gerbang yang menjadi simbolik negeri Che Siti Wan Kembang.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment