Saturday 9 November 2013

Makanan di Majlis Doa Selamat Suku Kaum Bugis

nasamulia
Assalamualaikum...
Minggu lepas kami dapat jemputan menghadiri majlis doa selamat di rumah seorang rakan.  Terima Kasih kerana menjemput.  Insha Allah tetap tak akan lepaskan peluang, apalagi sebab dapat merasa makanan yang jarang2 dijamu oleh mata dan tekak.
nasamulia
Menghidang makanan menggunakan dulang (di kenali sebagai Baki @ Kappara).
Ini merupakan kenduri doa selamat suku kaum Bugis.  Selalunya orang2 Bugis masih utuh memegang adat tradisi mereka dengan membuat jamuan kepada saudara atau pun jiran tetangga sekiranya mereka beroleh sesuatu yang bermakna dalam hidup seperti membeli kereta baru, motor, rumah baru mahupun zuriat.  Mari saksikankan menu yang telah dihidangkan oleh tuan rumah kepada tetamunya..

Ini ketupat seperti orang Melayu jugak.  Namun bagi Masyarakat Bugis, selalunya ketupat hanya dibuat ketika hendak melaksanakan sesuatu majlis tertentu.
nasamulia

Ini dikenali sebagai Sawa' atau Leppe'-leppe' (seakan Lepat - Kaum Jawa). Dibuat menggunakan pulut putih atau hitam dan dibungkus ke dalam daun kelapa (pucuk) kemudian di rebus berjam-jam lamanya. 

Ini pulut hitam dan pulut putih di kenali sebagai Sokko' Pulu' Bolong dan Sokko Pulu Pute'.  Terdapat keadaan di mana mereka menyediakan 4 jenis warna pulut seperti putih, hitam, kuning dan merah jambu.

Ini pula adalah salah satu masakan ayam tradisi Kaum Bugis iaitu Ayam Masak Lengkuas atau dalam bahasa Bugisnya Nasu' Likku' 
Sebagai pelengkap hidangan, menu yang seakan sambal kelapa (dalam hidangan nasi kerabu turut disediakan).  Ini dikenali sebagai Bejabuk diperbuat daripada kelapa dan isi ikan.
Sebenarnya terdapat beberapa menu lagi yang disediakan malam itu seperti sate ayam dan kuih-kuih, tapi tak sempat nak diphoto sebab terlalu asyik makan.  
Wassalam.

No comments:

Post a Comment