Assalamualaikum.
Pengemar kambing, pencinta kambing atau hantu kambing?...hehehe sama spesies sebab tak suka mandi eh?..
Dulu-dulu lebih gemar makan daging lembu berbanding kambing. Lepas tu dengar2 orang kata kambing ini panaslah, meninggikan kolestrol lah, peninglah dan macam-macam lagi. Mulia bukan tak gemar sebab alasan itu, kerana selepas makan tak pernah pulak alami sintom2 tu semua.
Yang jadi tak gemar berdasarkan pengalaman makan gulai kambing dan lamb chop yang berbau hamis. Betul2 bau kambing yang tak mandi. Agak lama jugak untuk mencuba makan semula daging kambing ini. Bermula selepas diperkenalkan makan lamb chop dan gulai kambing dengan batang pisang yang sangat sedap.
Mungkin jugak info dari sumber bacaan mengatakan daging kambing baik dan bercanggah daripada info2 sebelum ini dan salah satu makanan sunnah...maka bertambah2lah cintanya pada kambing.
Masakan kambing yang Mulia sediakan ini adalah lebihan lamb chop yang telah diperap oleh Cek Abe. Dah jemu makan yang grill yang ala2 barat tu, Mulia buatlah formula sendiri sesuaikan dengan tekak melayu.
Stir Fried Lamb Chop Mulia Sytle.
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
1kg Lamb Shoulder Chop - boleh guna bahagian yang tidak bertulang (Mulia guna bone-in lamb shoulder sebab ada tulang2 lagi, nak rase trill bila menikmatinya.
Perapkan sekurang2nya sejam.
Bahan Pemerap Kambing- (serba sedikit setiap jenis)
Tyme
Lada Hitam - tumbuk kasar
Paprika
Rosemary
Garam.
Bahan untuk menumis
Bawang merah - hiris
Bawang besar - hiris
Bawang putih - hiris
Halia - hiris
Kicap Pekat
Kicap Pekat
Kicap Cair
Cili padi
Serbuk perasa
Minyak zaitun
Cara Penyediaan.
* Panaskan minyak, tumiskankan bahan2 yang telah dihiris hingga kekuningan.
* Masukkan Kicap pekat, kicap cair dan serbuk perasa. Masukkan daging kambing dan sedikit air, kalau suka kuah lebih, tambahkan air. Mulia tak suka yang berkuah, cukup sekadar basah2 (sperti dlam gambar) untuk menikmati jus kambingnya.
* Masak hingga daging empuk, masukkan cili, bawang besar dan perasakan.
Selamat mencuba dan wassalam.
No comments:
Post a Comment