Thursday, 28 November 2013

Sky Park Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz

Assalam...
Sangat nostalgia lapangan terbang ini bagi Mulia.  Sebelum adanya KLIA, semua penumpang udara akan tertumpu di sini, samaada di Terminal 1 (penerbangan antarabangsa) atau Terminal 3 (penerbangan domestik.

Di sinilah kami berlegar-legar ketika menunggu penerbangan selanjutnya ke destinasi akhir samaada ke Pulau Pinang atau ke Sabah.

Ketika waktu cuti semesta, lebih2 lagi jika semua universiti tempatan bercuti serentak, deretan pelajar bersama troli barang mereka akan memenuhi ruangan ini. Dan tentunya ramai antara kami ini adalah pemegang kad pelajar yang menunggu dalam waiting list kerana ingin menikmati potongan harga 50%. 

Masa itu pun, belum ada syarikat kapal terbang lain yang menawarkan tambang murah seperti hari ini.  Semua akan menaiki kapal terbang kebanggaan Malaysia iaitu Kapal Wau (MAS).  Tambang ketika itupun tidaklah semahal hari ini, lepas itu dapat diskaun lagi...memang hebat.

Bagi kami pelajar muslim yang terpaksa menunggu penerbangan sambungan pada keesokkan hari, surau di level 2 menjadi tumpuan untuk bersolat dan berehat.  Pernah satu ketika Mulia meninggakan troli yang membawa barangan di ruang legar tingkat bawah dan terus menuju ke surau.  Keesokkan hari baru perasan yang Mulia tertinggal barang kemas dan duit yang diletakkan dalam beg.  Syukran ianya di jaga oleh Allah untuk dan ia tetap mencadi rezeki Mulia..
Wassalam.

No comments:

Post a Comment