Thursday, 14 November 2013

Lemak Ranti Lada Hitam...


Assalamualaikum..
Kawan-kawan pernah dengar sayur nama  pucuk ranti?. Bagi Mulia ini antara sayur-sayur kampung yang eksotik.  Kurang dikenali berbanding dengan sayur lain seperti pucuk ubi, pucuk manis ataupun pucuk paku.

Mula-mula dikenalkan dengan sayur ini oleh sahabat Mulia di Johor.  Pertama kali rase, agak pelik jugak sebab ada sedikit aroma tapi dah lama2 sedap dan terus jadi suka.  Pucuk ranti sesuai untuk dibuat urap (kerabu), masak lemak, tumis air dan salah satu bahan untuk pais ikan. Jom kita try masak pucuk ini.  Senang jer main agak-agak dan campak-campak aje masaknya.
Inilah rupa sayur pucuk ranti, ada dijual di gerai-gerai yang menjual sayur-sayuran kampung.  Yang ini Mulia beli di Pasar Tani Shah Alam.

Lemak Ranti Lada Hitam
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1 ikat pucuk ranti - siang dan bersihkan, ambik pucuk dan batang yang lembut sahaja.
2 cawan Santan
Garam
Cili padi
Lada hitam (optional)
2 biji Bawang merah - tumbuk lumat
2 ulas Bawang putih - tumbuk lumat
Ikan bilis - tumbuk lumat

Cara Penyediaannya.
* Campurkan santan dengan bahan tumbuk dan didihkan.
* Masukkan pucuk ranti, garam, cili dan perasakan.
* Masak pucuk sekejap sahaja. Jangan sampai "over cooked" nanti vitamin semua musnah.


Tengah dok masak, Cek Abe lalu dan bagi komen.  
"Yang letaklah serbuk lada hitam"... 
Alamak cili padi potong dah letak banyak jugak.  Takpe, untuk tidak menghampakan  permintaan letak juga, sambil dalam hati,
"Ermm..ini mesti terangkat pedasnya dan mari kita tengok sape yang terkena nanti"..
Wassalam.

No comments:

Post a Comment