Monday, 11 November 2013

Comi masak Hitam

Assalam semua..
Mulia nak kongsikan satu lagi resepi simple dimple keluarga Mulia iaitu Sotong masak hitam (Comi-panggilan sotong dalam bahasa Bugis).  Bolehlah dianggap sebagai resepi turun temurun keluarga sebab celik-celik mata ke dunia resepi ini dah menjadi menu hidangan keluarga.

Selalu kalau mak atau arwah nenek beli makanan laut seperti sotong, ketam atau udang mereka akan masak kesemuanya tak kira banyak atau sikit.  Tak pernah disimpan dalam peti sejuk atau kemudian hari baru dimasak.  Mungkin dulu2 tiada kemudahan elektrik jadi peti sejuk pun takde di rumah kot.

Comi masak hitam ini sungguh mudah disediakan dan tidak mengambil masa yang lama. Resepi seperti di bawah ini..

Comi Masak Hitam
Sumber: Mak Mulia

Bahan-bahan
500gm Sotong sederhana besar - Bersihkan, asingkan dakwat sotong dan potong mengikut bentuk yang disukai.
5 ulas Bawang Merah - hiris
3 ulas Bawang Putih - hiris
1 Sudu kecil serbuk Lada Putih
1 Kayu Manis
1 ketul Halia -mayang halus
1 cawan air - boleh tambah kalau nak kuah lebih.
Garam dan perasa.
Minyak untuk menumis.

Cara Penyediaan
* Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah di hiris berserta kayu manis hingga keperangan atau naik bau.
*  Masukkan isi sotong dan gaul sebati.  Masukkan air dan perasakan dengan garam serta lada sulah.
* Masukkan dakwat sotong yang telah dihancurkan.  Gaul dan masak sekejap untuk mengelakkan isi sotong keras.

Dakwat sotong yang melekat diantara perut perlu di asingkan terlebih dahulu.

Pecahkan dakwat sebelum dimasukkan ke dalam masakan supaya tidak berketul dan kuah menjadi hitam berkilat.

Selamat mencuba. Ada berani nak makan benda hitam ini? In sha Allah selamat dan tidak pernah pula memudaratkan kami yang memakannya..

Wassalam.

No comments:

Post a Comment