Thursday, 21 November 2013

Kapal Terbang Wau....

Assalam..
Dulu selalu terbang naik ini, setiap kali musim cuti berebut2 pergi beli tiket untuk balik kampung.  Begitulah nasib orang seberang laut, bas dan ketaapi tak sampai untuk balik kampung.  Dulu ada jugak yang bertanya, nape tak naik bas aje?...gulph, uhk,uhk nasiblah yang tanya itu bukan antara mereka yang mendaftar di tempat saya belajar.  Kalau tak antar balik tadika belajar geografi.  

Guna student card dapat 50% diskaun untuk student, best sangat ketika itu. Biasa tersadai di mana-mana lapangan terbang sebab cuaca mahupun kerana panjangnya waiting list..

Lagi best kalau beli class economy dengan 50% discount, last2 dapat seat di business class or VIP....tambah kembang segala-galanya sebab seronok sangat..

Orang lain pun suka naik Kapal Terbang Wau sebab boleh dapat ini....
Diberi percuma lagi. 

Kami berasa bangga terbang bersama anda....tu kata2 orang cantik dalam ini.
Saya pun bangga dapat terbang dalam Kapal Terbang Wau....kata hatiku..
Wassalam.

No comments:

Post a Comment