Tuesday 12 November 2013

Pasar Tani Shah Alam...

nasamulia
Assalamualaikum..
Suatu pagi yang cerah di hari minggu. 
Destinasi dituju Pasar Tani Shah Alam.
Tujuan bukan bershopping atau mencari sesuatu.
Melainkan untuk merasai kemeriahan seperti yang diwar-warkan.

Diadakan setiap pagi minggu,  
Bermula sesudah Subuh,
Berakhir sebelum Zohor,
Di kawasan tempat letak kereta perkarangan Stadium Shah Alam.


Di mana-mana...
Wanita jadi juara kalau shopping...
warna-warninya boleh dilihat di sini....

Imaginasiku sentiasa tinggi...
Kalau ada pengunjung yang kurang waras..
tiba-tiba mengamuk....
Ishhh....rasa ngilu melihat parang...
Lariiiiiiiiiii..........

Ini ikan giant..
Ada nama seperti sebuah daerah di Negeri Perak...
Tapah?
Taiping?
Kampar?
Ipoh?
Makan sumut banyak...jadi lupa.

Pelbagai lagi, species ikan sungai
atau tasik..
dengan...

Harga agak lumayan..
Jadi mat jenin kejap..
Bestnya bila boleh ternak ikan sungai...

Nak tahu ketam jantan dan betina?
Kiri bawah - betina
Atas kanan - jantan

Lewat tengah hari, kami beransur pulang... Masih banyak kereta parkir...
Menandakan mereka masih belum habis tawar menawar.
Datanglah.
Berkunjunglah.
Macam-macam ada.
Boleh jumpa dan..
Boleh dibeli.
Bak kata uncle senget

"semua ada dijual, boleh dibeli di sini kecuali mak bapak".

Wassalam.

No comments:

Post a Comment