Sunday, 10 November 2019

Majlis Walimah di Bulan Oktober

Assalam...
Ada dua majlis walimah yang utama perlu dihadiri di bulan oktober tu, semua keluarga dekat dari sebelah en.Abe.  Majlis sepupu en.Abe di Melaka dan 2 pupu di Tekam Resort, Jerantut.  Selang seminggu saja gap antara dua majlis tu, dapat lah berjalan walaupun masa sangat singkat.  Kedua-dua majlis diadakan di tempat yang menarik dan pemandangan cantik. 

Dapat ambil gambar dengan pengantin selepas acara akad nikah di masjid.  Majlis nikah dan sanding diadakan pada hari yang sama.  Selepas nikah kami semua balik ke chalet Warisan Puan, tempat diadakan masjlis kenduri.  Sebelah pagi kami dijamu dengan menu sarapan pagi, soto ayam, kuih-muih dan teh tarik.

Bagus idea pengusaha chalet ni, sediakan tempat sesuai untuk adakan majlis kenduri kendara selain penginapan di chalet rumah tradisional.  Kawasan chalet ini merupakan kawasan perkarangan atau halaman rumah tuan pengusaha jadi senang nak pantau.


Makanan pengantin di meja utama, tak sempat nak melihat budaya orang Melaka di mana pasangan pengantin diarak atas tanduh menuju ke pelaminan.  Terpaksa gerak awal sebab perjalanan panjang lagi.

Lepas kenduri di Melaka kena hantar ayah dan chiek balik kampung (Pahang).  Lalu lah tempat bernama Johol, dan-dan teringat lagu Tan Sri P. Ramlee dari Melaka ke negeri Pahang, singgah di Johol beli berangan.  Tapi kami tak singgah lalu jer, sebab dari Pahang nanti nak sambung perjalanan lagi balik ke Selangor.


Minggu berikutnya, kita balik pahang lagi kenduri di Tekam Resort, pertama kali saya sampai ke sini.  Cantik tempat ini, ini menempatkan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak dan ibu pejabat Felda Wilayah Jengka

Majlis diadakan di dewan terbuka di kawasan resort, sebab tu tempat makan pun sebelah dengan kolam renang. Mana yang bawa anak kecil tu memang jadi guard kat tepi kolam lah, sebab anak masing-masing nak terjun kolam.


Nampak gaya pengantin sibuk melayan kekawan yang call, ada yang sesat tak jumpa tempat kot, maklum jauh tersorok sikit ke dalam.

Lauk kenduri orang pahang memang tak pernah mengecewakan walaupun lauk kampung.  Ulam-ulam yang pelbagai, bukan ulam yang besha-besha.  Biasa-biasa bagi saya yang sedia saya kenali dan selalu jumpa, ini ada antara pucuk tu yang pertama kali jumpa.

Ini katanya pucuk beko, pertama kali jumpa dan makan rasa dia pahit-pahit.  Sikit jelah rasa pahit tu.  Beko tu biasa dengar jer, karabu buah beko pun tak pernah makan lagi.

Kepada pasangan pengantin semua kami doakan agark menjadi keluarga sakinah, mawahdah, warahmah.  Pupuklah sifat tolaransi, sifat sabar dan tingkatkan iman dan ilmu kerana dalam melayari bahtera perkhawinan sentiasa ada badai, gelombang pasang surutnya, nasihat tok kadi masa majlis akad nikah tadi.
Wassalam.

2 comments: