Friday, 15 November 2019

Kek Gula Hangus aka Sarang Semut, by Noxxa

Assalam...
Masih mencari benda yang boleh dimanfaatkan menggunakan periuk noxxa, daripada terperuk jadi tukun, mari kita lenjan dia dalam masa yang sama boleh tahu kemampuannya bagaimana takdelah nanti rasa ralat sebab beli mahal-mahal kan tak digunakan.  Salah satu yang boleh dibuat adalah membakar kek, jadi alasan tiada oven untuk bakar kek dapat di atasi di ditu.  Kita juga buat kek gula hangus, kek yang sentiasa mencabar kesabaran dalam penyediaannya.  Adakala hasilnya menjadi adalaka tidak, cabaran utama adalah sarang semut tulah, kalau ada sarang maksud menjadilah kek itu. 


Kek Gula Hangus
Sumber: Azie Kitchen

Bahan A:
2 cawan gula
2 cawan air panas
6 sudu besar marjerin

Bahan B:
2 cawan tepung gandum - ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat - ayak
8 biji telur A
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu pekat manis
Cara Penyediaannya:
* Panaskan gula dengan api perlahan hingga menjadi cair dan keperangan. Setelah cair, masukkan air panas perlahan-lahan kerana ia akan merecik. Kacau sehingga gula hancur, baru dimasukkan marjerin. Kacau rata sehingga majerin hancur. Ketepikan. 
* Sementara itu, sediakan pula bahan B. Blender telur sehingga kembang selama 1 minit. Masukkan susu pekat dan esen vanilla dan kacau mengguna senduk atau whisk sehingga sebati.
* Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat tadi. Kacau seketika dengan whisk hingga sebati sahaja. 
* Akhir sekali, masukkan gula hangus yang masih panas tadi dan kacau sebati. Kacau sekejap sahaja. 
* Lenser periuk Noxxa dengan majerin. Tapis adunan ke dalam periuk noxxa. 
* Set setting pada steam selama 50 minit (saya set 40 minit) dan pastikan tombol menghala ke steam. Abaikan jika keluar bunyi, mode steam memang berbunyi sampai habis masa. 
* Selepas habis bunyi beep, tekan off dan biarkan 5 minit. Selepas 5 minit, buka tudung keluarkan inner noxxa. 
* Sejukkan sekejap dan bila rasa dah boleh pegang inner, boleh keluarkan dengan berhati-hati. 

Nota:
Untuk mendapatkan kek yang berlubang, potong kek di tengah, kemudian tengok arah garisan kek. Potong kek melintangi garisan.
Jom minum petang dengan kek gula hangus aka sarang semut, kek orang lama yang masih ramai penggemarnya.  Cabaran menjadi kali ini, dan dah banyak kali percubaan hasilnya semua tidak menghampakan dengan noxxa.  Cuma sedikit berkerak di bahagian bawah kek.
Wassalam.

2 comments:

  1. Cantik kejadiannya. Lama tak makan kek ni.

    ReplyDelete
  2. Cantik betul sarangnya... PErnah buat, bantat kematu.. terus tak cuba lagi.. haha

    ReplyDelete