Sunday 10 November 2019

Home Made Sardin by Noxxa

Assalam....
Siapa sini yang gemar makan lauk sardin?  Kita geng lah, ramai juga yang tak suka makan sardin ni, maklumlah makanan diawetkan tak fresh dan bertahun-tahun dalam tin.  Lauk sardin dalam tin bukan ikan sardin/selayang/basung mentah tu, tapi sebenarnya sardin dalam tin tu dibuat daripada ikan selayang lah kan (nama makeral).  Zaman kanak-kanak dulu, jika dapat makan makanan dalam tin, kita lagak macam orang ada-ada dengan kawan-kawan sebab susah nak dapat, lagi satu jangan harap nak  hidang lauk sardin sebab arwah bapak cukup tak suka sebab jemu antara satu kisah sardin dan kem balak.


Ingatkan dulu orang pedalaman saja yang makan lauk dalam tin begini sebab boleh simpan lama dan jauh daripada pasar.  Kisah sepupu sepapat saya yang dulu kerja dalam hutan di kem pembalakan, mereka memang sinonim dengan lauk sardin nie, sekali keluar bandar bukan beli beberapa tin, tapi angkut terus berkotak-kotak pelbagai makanan dalam tin untuk bekalan selama beberapa bulan di dalam hutan.  Sehingga kini ada yang tak boleh pandang langsung dengan makanan tin sebab terlalu bosan dan jemu termasuk arwah bapak dulu, walaubagaimana tiada lauk kat rumah tolong jangan hidang lauk sardin untuk mereka, mereka lebih rela makan nasi berlaukkan sayur bening.  Dalam banyak-banyak jenama sardin di pasaran, saya biasa beli dan makan yang cap ayam dengan cap cawan raja.  Dua ini yang paling sedap dan menepati citarasa kami.  Untung follow group masak-masak guna noxxa, ramai yang kongsikan resepi free, boleh dicuba dan salah satunya seperti penyediaan sardin home made nie.


Sardin Home Made
Sumber: Group Periuk Noxxa

Bahan-bahan A
1 biji bawang holland (saiz besar)*
3 biji tomato masak ranum, jika kecik letak 4 biji*
3 ulas bawang putih*
1 cawan air
*Blend semua bahan bertanda

1kg ikan selayang / sardin / saba makeral - siang dan bersihkan, potong mengikut saiz yang dikehendaki


Bahan-bahan B
1 cawan minyak masak
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1 senduk cili kisar
1 tin tomato puri (220gm)
1 tin air, guna tin tomato puri
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara Penyediaannya
* Tekan stir fry untuk menumis.
* Tumis bahan A dan bahan B hingga pecah minyak.
* Masukkan ikan yang telah siap dibersihkan.  tambahkan perasa garam dan gula.
* Tukar mod ke hingh pressure dan set masa ker 70 minit (ikan kecil), jika ikan saiz besar boleh guna 90 mint atau hingga tulang ikan mereput seperti sardin yang kita beli dalam tin. 
*  Jika masak dalam kuantiti banyak, perlu tambah masa hp untuk melembutkan tulang ikan.
* Sardin yang telah siap boleh diolah mengikut cara anda mengolah sardin dalam tin, nak buat sambal, masak lemak atau boleh terus dinikmati begitu saja.
* Untuk menyimpan lebih lama, sejukkan terlebih dahulu dan pack mengikut portion untuk sekali masak.
* Bekukan dalam freezer dalam bekas yang bertutup rapat.


Rasa nak jual sardin lah pula, agak-agak ada orang nak beli ker?  mana tahu rezeki ada dengan meniaga sardin.
Wassalam.

2 comments: