Thursday, 14 November 2019

Lao Mandre: Island Steamboat, Subang

Assalam...
Beberapa kali nak buat resevation di sini bersama kawan-kawan tetapi selalu saja penuh.  Jika ada kosong pun selepas jam 10 malam, erm waktu tu hakak dah nak tidur dah adik oi.  Setelah mencuba akhirnya kami dapat juga makan ke sini, walaupun masa tu hanya berdua.  Tak ingat lah bila tapi ini rasanya dah lama pergi, ini entry kepam sebenarnya.  Di sini pilihan makanan bermasak, nasi, mee dan manisan agak pelbagai, tapi dah nama makan steamboat kan, kita abaikan dulu makanan yang bermasak tu, jom pilih yang mentah kita masak sendiri.



Tempat display makanan memang dalam kawasan macam pulau, dari situ tu kot dapat nama kedai ini.  Island terletak di tengah-tengah kawasan dan sekitar tu adalah meja untuk pengunjung, agak mudah nak pergi ambil makanan, semua tertumpu ke tengah.


Walaupun island dia tak besar sangat tetapi muatlah nak tempatkan pelbagai makanan mentah untuk pilihan pengunjung.  Kiri-kanannya pula buffet untuk makanan bermasak, dessert dan minuman serta peralatan untuk bersteamboat.


Seksyen yang selalu menjadi rebutan tetamu di tempat steamboat seafood dan perapan daging atau ayam.  Seafood selalu laku keras, letak jer habis, letak jer habis, jadi pelayan tu kena lah cepat untuk top up kan.


Antara sos pencicah, selalu setiap tempat steamboat ini ada signature sos masing-masing selain sos cili atau tomato.  Tapi pelanggan macam saya tak pentingkan sangat sos, yang penting kuah untuk sup tu kena umphh.


Bahagian untuk minuman panas, bagi saya bagus yang seperti ini sebab gula kita letak ikut citarasa masing-masing, kalau dah bancuh siap, kadang ada yang terlebih manis.


Butter dan telur, bukan untuk buat kek ya.


Di bahagian luar ada pula Island Cafe, pada sesiapa yang nak minum-minum kopi dan makan yang simple-simple kan boleh lah singgah kat sini.  Yang nak mendera perut dan tekak sila lah ke bahagian dalam.

Tips makan steamboat yang berbaloi dari en.Abe, pilih makanan yang mahal-mahal jer macam udang, sotong, ketam, daging, lamb semua tu, ball-ball tu tak payah ambil katanya.  Erm tak ikut pun tips dia tu, yang penting makan secara seimbang, sayur-sayur, telur dan sedikit mee tetap akan ambil.  Nikmat sangat rasa makan sayur lecur daripada kuah steamboat bekas celur segala macam seafood dalam tu.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment