Friday, 1 November 2019

Kue Cubit....

Assalam...
Pertama kali mendengar mana kuih cubit, tak pernah jumpa apatah lagi tahu rasanya.  Lepas tu dia mai teringin juga nak rasa tapi tak tahu nak cari kat sini tu kat mana.  Sebab katanya ini jenis kuih jajanan yang dijual di Indonesia, hasil daripada bertanya nenek google, maka dapat tahulah bahan dan cara penyediaannya.  Lagi senang tak tokwan youtube lagi senang ada video kat situ step by step .  Nampak bahan-bahannya tak susah mana dan cara sediakan pun mudah so marilah kita try,  Saya takde acuan kuih cubit, guna saja lah acuan buat bahulu atau kuih cara.



Kue Cubit
Sumber: Pelbagai

Bahan-bahan
3 biji telur
150gm gula pasir
200gm tepung gandum
1 cawan susu cair / full cream
100gm majerin - cairkan
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Sedikit garam
Topping - parutan keju, coklat rice, colour rice 
Acuan boleh guna acuan bahulu atau kuih cara.



Cara Penyediaannya
* Campur tepung dengan soda bicarbonat dan baking powder, gaul sebati dan ketepikan.
* Mixer gula, telur dan esen vanila hingga kembang (boleh guna blender, blend lebih kurang 1 minit).
* Campurkan majerin yang telah dicairkan.
* Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
* Masukkan susu cair dan kacau sebati.
* Panaskan acuan sapu sedikit majerin.  Bila dah panaskan tuangkan adunan hingga 2/3 penuh.
* Letakkan topping - coklat rice, colour rice atau parutan keju.
* Keluarkan dari acuan bila telah masak.
* Hidangkan untuk minum petang. 

Rasa dia macam makan kuih bahulu yang lembut tu, tapi sebab diletakkan topping jadi ada kelainannya.  Memang ngam sangat bila makan ini sambil minum teh o panas.  Adunan tu boleh nak cantikkan lagi, buatlah warna warni atau buat yang guna perasa coklat, pandan, green tea atau sebagainya. Wassalam.

5 comments:

  1. Tak pernah makan. Kalau comel macam ni tak dan nak cubit. Ambil sebiji ngap terus

    ReplyDelete
  2. Guna cetak bahulu
    tak payah cubit, ngap terus

    ReplyDelete
  3. Comel nya kuih ni, mesti sedap tuh..
    Menjawap soalan di blog saya tadi..nak ke munduk melalui jalan lama pasir mas ke rantau panjang.

    ReplyDelete
  4. toping tulah yang menjadikan lebih sedap dan enak kot..

    rupapun lebih cantik

    ReplyDelete
  5. nama pun dah comel, kuih cubit. tak penah tau la plak sebelum ni ada nama kuih cubit. hehehehehhe

    ReplyDelete