Assalamm....
Nikmat Allah yang perlu disyukuri, dengan tak sengaja dijumpakan dengan makanan yang sudah lama diingini. Ini cerita sebelum dan selepas larian bendang, sebelum hari larian kami gerak awal dan tido di area sana untuk elakkan tergopoh-gopoh awal pagi. Sementara 3 orang lagi akan bergerak awal pagi esoknya. Plan asal nak gerak awal, sekurang-kurangnya dapat jalan-jalan sebelum senja, tapi dua-dua keletihan balik kerja petang tu, jadi kami rehatkan diri dulu dan mulakan perjalanan sebelum magrib.
Keluar rumah memang dengan perut kosong, tambah pulak baru lepas tido petang, mestilah lapar. Tapi sebab kami plan nak singgah makan dalam perjalanan sebelum sampai hotel, jadi harap sabar lah wahai perut. Dalam memilih gerai mana nak singgah, tetiba ternampak signboard mee udang banjir, terus jelah belok masuk kat situ dengan harapan dapat mee udang yang sedap tak sama dengan gerai sebelum-sebelum ini yang agak mengecewakan.
Orang tu pun jumpa benda yang diidam-idamkan, udang galah, pilih tomyam udang galah. Bawah tu senarai makanan yang berasaskan udang-udangan semua, pilih lah ikut selesa nak kemampuan.
Ada makanan lain jugak, bukan semuanya yang ada udang-udang tu, ada pelbagai masakan panas lainnya. Seorang pakcik berhenti dan tanya menu yang saya order ketika melihat semangkuk mee udang atas meja. Mungkin dia pun orang luar juga.
Ini signboard kedai tu, lokasinya atas sikit dari Pasir Penambang dari arah Kuala Selangor. Gerai sebelah kanan.
Ok, ini cerita selepas lari pula (iye ker lari?), masing-masing memang lapar, dapat makan satu ketul roti yang dibekalkan pagi tadi. Mereka ada beli jajan dari penggerai di situ semasa menunggu, tapi tak puaslah makan macam tu. So otw balik ingat nak singgah nak singgah cari nasi ambeng di restoran yang biasa kami singgah. Tak sampai lokasi yang dituju, ternampak gerai itik salai, belok sajalah masuk sini kita try makan itik salai sini pula. Masa tu masih awal, tak ramai orang lagi, lauk pun tak habis masak lagi.
Kat sini, lauk utama dihidangkan secara set macam kat bawah nie, set siput sedut masak lemak dengan batang keladi. Jika nak tambah lauk lain boleh saja.
Ulaman dengan sambal belacan, sambal belacan yang susah nak kenalpasti sambal belacan atau sambal apa nie?. Kawan saya siap berteka teki, tak puas hati dia pergi tanya makcik tu kesahihan adakah itu sambal belacan atau tidak. Sesuailah dengan style diva dia tu, sebab lepas makan confirm tangan tak bau belacan macam sambal belacan orang lain yang bau belacan tu boleh lekat sampai 3 hari.
Itik salai set, nampak ada tambahan ayam goreng di situ.
Dua orang lagi jadi pemerhati je kami bertiga melahap makanan, dia rasa pelik bin ajaib bila orang makan siput sedut dan itik salai. Nak wat macamana, dia tak boleh makan sebab tak pernah jumpa mak dia masak kat rumah. Lantak engko lah, tak nak try rugi. Bukan dia jer pelik, kami pun pelik tengok dua orang muda ni, cara mereka makan suka menu-menu hisper, tak sama macam kita yang purba ni. Kawan diva saya cakap sedap sangat masak lemak siput tu, chef tempat dia masak pun tak sesedap macam ni.
Demikianlah cerita citarasa orang lama yang biasa-biasa nak makan, sukanya benda yang old school juga. Tak jumpa nasi ambeng pun tak ralat lah sebab jumpa yang kena di tekak di sini. Perut kenyang senang hati, senyum lebar sepanjang hari. Oh ya nama kedai makan tu Itik Salai Masthar, Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang.
Wassalam.
Rugi betul hidup tak pernah makan siput sedut. Kalau saya, tak pernah makan lah nak cuba. Hehe
ReplyDeleteoo wak selalu limpas pasir penambang nih.. nnti leh try
ReplyDelete