Tuesday, 4 September 2018

Mixed Fruits Pastry Cake

Assalam...
Seronok bermain dengan warna buat kek ini, pelbagai jenis dan warna buah-buahan yang boleh digunakan.  Ikut kreativiti sendiri tetapi kebanyakkan mereka yang dah buat menggunakan buah-buahan citrus yang diimport dari luar negara.  Kalau dah barang import tu faham-faham sajalah harganya kan, sebab tulah mereka jual kek ini mahal.


Hari itu beli setiap sepeket jenis buah tu, harga dekat sebelah tangan juga lah.  Tapi takdelah saya guna semua ke dalam kek tu.  Banyak lagi dah masuk dalam mulut ketika memotong dan proses menyusunnya.  Ada orang cakap jangan kedekut letak buah banyak-banyak baru sedap, saya pun ikut nasihat itu sumbat selagi boleh sampai tak nampak wajah sebenar kek tu.  Tapi kejadiaanya bagi saya kurang menarik sebab nampak kelam je kek dek kerana warna buah yang terbakar.  


Tapi saya rasa bukan sebab susun buah yang penuh atas kek yang sebabkan wajah tak cantik, tapi sebab oven tu yang saya tak pandai set temperature yang betul.  Sudah guna agak lama tapi masih tak boleh nak kuasai lagi oven nie, setiap kali bakar kek mesti kurang memuaskan hasilnya.  Betapa rindu dengan yang lama, sentiasa beri hasil terbaik, pernah masukkan loyang, set suhu dan masa lepas tu pergi tidur, esok pagi bangun kek cantik jer.  Jomlah semak resepi kek ini, orang sekarang kata kek ini baru dan jadi viral tapi menurut otai-otai tukang masak mereka dah buat yang ini pada tahun 2011 dulu, mungkin tahun tu kuasa viral belum muncul lagi tu yang orang ramai masih tak kenal lagi.


Kali ini guna resepi dari Sonia (Nasi Lemak Lover) yang guna loyang 10" x 10" - hasil kek yang besar kerana buah pun ada banyak.
 
Mixed Fruits Pastry Cake
Sumber: Sonia (Nasi Lemak Lover)


Bahan-bahan
200gm mentega
300gm gula castor
6 biji telur
100gm sour cream / natural yogurt (yogurt saya expired tukar guna fresh milk 200ml campur perahan jus lemon - 1 biji)
Lemon zest (parut dari sebiji lemon yang guna jus tadi)
400gm tepung gandum / kek (saya guna tepung naik sendiri dan tak perlu tambah baking powder)
2 sudu teh baking powder
Buah-buahan - peach, strawberry, blueberries & tin



Cara Penyediaannya
* Cuci dan toskan air pada buah hingga betul-betul kering.
* Potong atau belah buah-buahan jadi kecil dan gaul dengan gula halus.  Jika guna buah peach dalam tin tak perlu kerana dah manis.
* Sediakan loyang, griss dengan butter dah lapik dengan kertas baking.
* Putar mentega dengan gula hingga putih dan gebu.
* Masukkan yogurt, putar lagi hingga sebati.
* Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
* Kaup balikkan tepung ke dalam adunan perlahan-lahan hingga habis.
* Tuangkan adunan ke dalam loyang sudah disiapkan tadi dan ratakan permukaannya.
* Susun buah-buahan ke atas permukaan adunan.  Jangan tekan buah-buahan ke dalam adunan.
* Bakar kek dengan suhu 180' selama 60-80 minit, hingga masak (cake taster bersih bila ditarik) atau set suhu dan masa mengikut kepanasan oven masing-masing.
* Biarkan kek sejuk, kemudian ayakkan gula halus ke atas kek.

Ada yang tanya sedap ke rasa kek ini?  Macamana nak jawap eh, kalau anda memang jenis suka makan dessert atau sweet tooth kata nenek, mesti suka dan akan kata sedap.  Bagi yang tak suka tetaplah tak suka, letak gajah kah harimau kah atas kek tu pun dia tetap tak heran.  Rasa macam butter kek tapi ada rasa masam-masam sikit, saya suka sebab tak berapa manis memang nikmat sangat bila digandingkan dengan teh O panas.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment