Assalam...
Jangan jemu tengok ye, ini kali kedua buat sebab yang lepas ada orang tak sempat rasa. Lapi pun baki buah-buahan hari tu ada lagi, tak habis makan begitu saja. Tapi kali ini saya guna resepi lain, nak cuba hasilnya bagaimana menjadi ke tak air tangan saya ini. Alhamdulillah tak mengecewakan, sebab excited agaknya dah habis setengah tray, baru ingat terlupa nak tabur gula halus atas kek. makan togel macam tu saja pun ok.
Kali ini mencuba resepi yang di kongsikan oleh adik comel, Danish Harraz yang masih kanak-kanak tapi dia punya skill masak-masak mengalahkan kakak-kakak atau mak-mak. Saya cuba respi tu sebab lepas baca-baca macam senang pula, tak perlu guna mixer. Hanya campur semua bahan dan kacau-kacau, mudah bagi mereka yang tiada mixer di rumah. Boleh juga joint berpastry cake yang tengah viral nie kan.
1 Bowl Fruits Pastry Cakes
Sumber: Danish Harraz
Bahan-bahan
226 grams Tepung Naik Sendiri
160 grams Gula Kastor
150 grams Salted Butter, dicairkan dan biarkan sedikit sejuk
3 biji telur Gred A
100ml Buttermilk atau boleh juga guna Sour Cream (Danish guna homemade Buttermilk. Caranya Danish sudah sertakan dibawah resepi ini) - saya guna yogurt 1 tub kecil
1 suduteh Vanilla Extract
Parutan Lemon Zest dari 1 biji lemon (pastikan parut kulit yg kuning sahaja, nanti pahit)
500 grams buah-buah fresh yang kurang berair atau jika guna yg dalam tin keringkan sedikit buah-buah itu sebelum digunakan, dihiris dan gaul dengan 2 sudu besar Gula Kastor.
CARA PENYEDIAANNYA:-
* Preheat oven pada suhu 160°C. Gris baking tray saiz 9" dengan butter dan dialas dengan parchment paper. Jika guna bekas kecil cake akan jadi tebal, tak cantik😊.
* Dalam bekas, masukkan tepung naik sendiri, gula, melted butter, telur, lemon zest, buttermilk dan vanilla.
* Kaup balik menggunakan senduk kayu sehingga semua rata dan sebati, jangan overmix, nanti cake tak moist.
* Kemudian tuangkan kedalam baking tray. Rata kan permukaan adunan cake.
* Akhir sekali, ambil buah yang telah dipotong dan gaul bersama gula halus dan terus susun semua buah tadi atas adunan tapi jangan ditekan ya, nanti senang tenggelam.
* Masukkan dalam oven dan dibakar selama 40-50 minit, bergantung pada oven atau hingga cake masak tapi jangan terlebih bakar nanti Cake menjadi kering.
* Sejukkan diatas cooling rak dan sprinkle dengan gula icing sebelum dihidangkan, jika suka.
Tips-:
Cara menyediakan homemade buttermilk untuk cake ini: 1 sudubesar lemon jus dituang kedalam measuring cup dan tuang fresh milk hingga bancuhan cukup 100ml, dikacau rata, kemudian dibiarkan selama 5-10 minit sebelum digunakan.
NOTA PENTING: 1 Bowl Fruit Pastry Cake ini akan lagi sedap selepas semalaman. Untuk menyimpan, simpan dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik, untuk kekalkan kelembapannya. Kerana cake ini mengandungi buah-buahan terutama jika gunakan buah dalam tin, jadi ianya akan bertahan hanya lebih kurang 2 hari.
Ok selamat berpastry kek semua.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment