Friday, 21 September 2018

Kedai Kek Kak Yah, Temerloh

Assalam...
Lepas kenduri mertua hantar saya ke stesen bas Temerloh, bas ke Pekeliling dijadualkan jam 4.30 petang.  Sementara tunggu bas datang sempat lah saya cuci mata di kedai-kedai sekitar dan mencari jika ada antara kedai tu yang sediakan perkhidmatan charge phone sebab bateri tinggal 1%.  Akhirnya jumpa satu kedai yang jual eksessori phone di Semantan Walk, adik tu sudi chargekan phone secara percuma, borak-borak gulai tempoyak dulu dengan dia sambil menunggu.  Semoga murah rezeki dan bisnes awak bertambah maju lagi.

Lepas kuar dari kedai adik tadi, singgah hi-tea di sushi king.  Sudah kenyang tawaf lagi masuk keluar kedai di sekitar stesen.  Ada satu kedai yang menarik minat saya nak pergi, lagi pun tiada tanda-tanda lagi bas akan sampai awal, teruslah saya pergi ke Kedai Kek Kak Yah tu.  Sebenarnya saya sudah masuk dua kedai kek sebelumnya tapi tiada yang menarik minat saya nak beli.


Masuk-masuk kedai ini, terpandang butter kek dan biskut raya terhidang di atas meja.  Kakak yang berada di maje cashier datang menghampiri saya dan  memberitahu akan kek dan biskut itu baru buat, fresh from oven katanya dan kalau nak makan atau minum di situ juga ada menyediakan makanan panas.


Dalam kedai ada beberapa pelanggan yang senang menikmati juadah mereka.  Saya katakan pada kakak tu saya nak tengok-tengok saja dulu, tak fikir nak makan lagi sebab baru lepas makan sushi.  Aneka roti yang mereka hasilkan juga nampak sedap.


Selain itu ada beraneka kudapan, kerepek, rempeyek, dodol dan kacang-kacang dijual di sini.  Saya rasa ini produk tumpang daripada pengusaha kecil-kecilan di luar.


Acar buah, keluaran Kedai Kek Kak Yah.


Pusing punya pusing dalam kedai, ternampak ini dalam chiller kek.  Wau kaget saya, saja lah tanya pada kakak casier tu, nama kek ini.  Madeline kek, sedap dan susah nak jumpa nie katanya.  Dengar jawapan daripada kakak tu, saya agak mesti dia ini adalah Kak Yah tuan punya kedai.  Ini adalah kek yang saya admired sejak dulu (sejak zaman belajar SRT) siap tampal gambar dalam buku respi, tapi tak pernah rasa lagi kek madeline nie.  Boleh anggap sebagai kek zaman purba lah ni.  Umur dah berapa baru direzekikan jumpa dan rasa kek ini. Syukran syukran syukran.  


Dah tajuk kedai pun kedai kek kan, haruslah ada jual kek.  Up to date juga lah design kek-kek yang ada dalam chiller tu.  Sekali lagi kakak casier tu bagi tahu mereka boleh buat semua jenis kek mengikut design pelanggan dan sedia terima tempahan.

Girangnya hati dapat beli Madeline di sini, setelah puluhan tahun menyimpan gambar saja.  Sebelum ini ingat dapat jumpa di kedai kek ternama, di kotaraya tetapi rupanya tersorok di kedai kek terpencil, di pekan Temerloh nie saja.  Jika ada yang bertanya, kenapa madeline tu bentuk lain, sebab ini adalah English Madeline bukan French Madeline.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment