Monday, 24 September 2018

A Day To Remember - Day 3 (24/09/2016)

Assalam
Saya bangun jam satu pagi, masa itu Fit dan Ann sedang mandi, cepat-cepat bersiap untuk berkumpul pada jam 1.30 pagi di lobi.  Rinna dan Aerin walaupun memutuskan untuk tidak meneruskan pendakian juga bangun untuk bagi support kepada kami.  Rinna tanya pada saya jika saya ok untuk teruskan misi sebab dia sedar saya bangun muntah beberapa jam yang lalu.  Ketika bangun tu saya rasa badan dah ringan dan segar sikit, kepala dan perut pun dah rasa ok.


Saya paksa diri untuk menjamah sedikit makanan yang disediakan pihak resthouse pagi itu.  Saya bawa sedikit snack, selitkan pada poket baju, tongkat, phone dan air masak.  Berjalan tanpa membawa beg galas lebih selesa fikir saya dan kurang beban nak galas, tetapi bila keperluan lain terpaksa sumbat-sumbat dalam kocek baju atau seluar juga menjadi kurang selesa untuk bergerak. En.Abe beberapa kali tanya sama ada saya nak teruskan atau tidak, kalau rasa tak larat jangan paksa katanya.  Pilihan dan kondisi badan hanya saya tahu sama ada nak teruskan atau join Rinna dan Airin sambung berselimut lagi.  Saya jelaskan pada mereka, saya nak cuba dan jika saya berjalan perlahan jangan tunggu you all kena teruskan, jangan risau saya ok berjalan sendiri, guide selalunya pun akan awasi peserta yang terakhir dalam kumpulan.  Pagi itu kami bermula agak lewat (lebih kurang jam 2.20 pagi), pendaki lain dah ramai yang meninggalkan resthouse.


Ahli group kami berlepas pada masa yang sama, tetapi selepas itu mereka memecut, tinggal saya dan fitri di belakang.  Fitri mulanya laju juga tetapi lepas rasa sesak nafas kena perlahankan langkah, saya memang jalan macam kura-kura dari langkah pertama.  Pendakian hingga ke sayat-sayat yang paling perit rasanya ebab mula-mula sudah mendaki anak tangga dan jalan agak sesak dengan pendaki lain.  Banyak kali berhenti untuk sesuaikan cara bernafas dan bagi laluan bagi mereka yang nak laju.  Sejuk jangan cakap, untung saja tidak hujan dinihari tu.  Saya dan Fit sempat melepasi masa kelayakan di Sayat-sayat, pendaki diminta untuk tunjuk name tag kepada petugas untuk didaftarkan.  Petugas akan bertanya sama ada kita masih mahu meneruskan pendakian ke puncak atau berhentidi Sayat-sayat.  Terdengar suara-suara pendaki yang berenti rehat di situ, dalam gelap susah nak cam siapa, rupanya antara mereka itu adalah Aiman yang berpaksa berhenti kerena kekejangan kaki.  

Jika dari Timpohon  ke Laban Rata semalam saya rimas dengan baju hujan dan rasa berat sangat nak melangkah anak tangga, di sini lain pula ceritanya.  Sejuk ya amat menyebabkan rasa mengantuk sangat-sangat, ada ketika melangkah dengan mata terpejam macam orang tidur berjalan, ada dua tiga kali juga lah saya singgah duduk dan tidur.  Agaknya jika batu tu tak sejuk saya dah tidur berbaring sambil golek-golek atas tu. Sesiapa yang lalu pasti menegur dan bertanya jika saya perlukan apa-apa pertolongan.  Kadang memang tak malu minta makanan dari mereka bila saya tak larat nak buka glove untuk ambil makanan dalam poket sendiri.


Kedudukan kurang daripada 200 meter dari puncak, makin semangat nak cepat sampai walaupun hakikatnya speed tetap seperti kura-kura.  Semangat nak ikut serta dengan kawan-kawan apabila melihat aksi mereka melompat-lompat di atas tu.  Jerit-jerit dari bawa panggil nama mereka minta tunggu kita sampai, nan hado yang mendengar.


Kenangan terindah apabila kawan-kawan pun jenis sama masuk air.  Sebenarnya semua pendaki tak boleh berlama-lama di atas tu, boleh stay lebih kurang 10-15 minit sempatkan untuk bergambar, selfie dan sebagainya.  Kena gunakan kesempatan sebaik-baiknya dan jangan komplen penat mendaki 2 hari tetapi cuma boleh singgah sekejap saja.  Masa mereka di atas tu memang tengah ramai orang, jadi kena lah bertabah tunggu giliran nak abadikan kenangan di papan tanda Low's Peak.


Berpapasan dengan mereka ketika bergerak turun dana lebih kurang 10 minit lagi untuk saya sampai puncak Low's Peak.  Ajak mereka naik semua tetapi itu tidak mungkin, walaupun jarak sedekat itu masih perlukan masa dan tenaga.  Semua bagi semangat supaya dapat sampai puncak, go go kak, caiyo, caiyo. 


Semakin hampiri ke puncak, pendaki lain semua dah meninggalkan low's peak.  Timbul rasa was-was, boleh ker sampai serang-seorang di situ? Mencari guide dan Fit masih jauh dibelakang, ada seorang adik tegur saya, semangat kak, sikit lagi, sikit nak sampai.  Alah sampai dah takde orang kat atas tu jawap saya.  Takpe kak, puncak tu akak punya tak payah rebut-rebut macam kami nak mabil gambar, akak selpie lah sepuasnya di atas tu nanti, ok kak good luck.    Akhirnya sampai juga saya pada jam 7.33 pagi, matahari pagi dah terik . 


Yehoo, dapat tawan puncak bersendirian, tak perlu gaduh-gaduh dengan pendaki lain.  Fit lebih kurang 15 minit di belakang, releks kejap sambil tunggu Fit sampai.  Selfieee lah sepuasnya tanpa siapa yang menggangu, tapi tak syok juga sebab takde gambar dengan kawan-kawan di sini.  




Rehat kejap, buka glove pegang dan rasai kesejukkan batu-batu di situ.  Damainya kat atas ni, hiruk pikuk pendaki yang memenuhi kawasan ini dari subuh tadi sudah lenyap.  Fit masih berusaha ke tempat saya, guide baik hati tu ikut je belakang dia.  Nampak dari jauh, titik warna merah di sana adalah guide kami yang satu lagi, ikutkan dia tak nak bagi kami dah naik sampai atas ni sebab dah lewat sangat.  Masa lalu depan dia tadi, saya dah kena bebel sebab tak bawa baju hujan.  


Malim gunung yang baik hati, cool jer dia dengan perangai kami, tolong bawa kamera dan ambil gambar.  Pengiring setia Fit sampai ke puncak.


Syukur, Allah bagi peluang lagi nikmati keindahan ciptaannya di atas ini, dipermudahkan urusan kami dan tak diturunkan hujan pada pagi itu.  Jika Dia mengizinkan tiada yang mustahil.  Dulu (21 tahun yang lalu) saya dan sahabat saya pernah cakap tak nak naik dah (lafaz janji masa dalam keletihan) apa lah yang kita cari penyakit datang sini, kan bagus kalau duduk rumah saja habiskan cuti semester.  Sejak tu memang takde lah ingat nak naik lagi, tetapi bila geng-geng muda ini nak pergi, saya tak fikir panjang dah terus saja setuju nak ikut tak sedar tenaga dah tak secergas 21 tahun yang lalu.  Jangan pernah kata tidak bila pernah sampai ke sini, bila rasa sakit itu hilang, rindu Akinabalu itu akan memanggil-manggil semula.


Geng teruncit (terkebelakang) sampai di puncak Kinabalu, nama dia Ali berasal dari India.  Dia mendaki berseorangan, senang guide nak tolong kalau ada apa-apa.  Pendaki yang tiada teman atau tidak suka campur dengan orang lain dan sanggup bayar lebih sikit, boleh jer ambil pakej tu 1:1.


Kenangan teringah untuk peserta yang tercorot sampai ke Low' Peak, tak sempat ambil gambar bertiga di atas tadi sebab guide kami bising-bising suruh turun cepat.  Masa turun cepat jer Ali meninggalkan kami, takpelah sebab sekali dia kami kena buat 2 3 langkah.


Kabus dah mula tebal, keadaan ini boleh menggangu  pergerakan pendaki untuk turun sebab itu semua dinasihatkan turun secepat mungkin.  Semua pendaki kena turun sebelum jam 8 pagi, jika sampai awal pun di puncak memang semua kena turun cepat.  Lupakan lah jika ada mimpi nak duduk bersantai di atas tu, selepas beberapa insiden yang tak senonoh oleh pendaki, pihak Taman-Taman Sabah terpaksa menetapkan peraturan baru kepada pendaki.  Info terbaru saya dapat sekarang ada peraturan baru yang hanya membenarkan pendaki boleh berada di puncak sampai jam 7 pagi sahaja.  Ini bermaksud jika anda masih belum sampai puncak ketika itu, mungkin baru di KM8 atau KM8.5 automatik kena buat U-turn bila sampai masa ditetapkan. 


Cara bergerak turun paling laju jika sudah tidak daya melangkahkan kaki, main pelisit (kata orang Sabah) di batu.  Ada beberapa kali juga buat, tapi takut pula seluar koyak lahi haru nanti.


Kebanyakkan gambar di atas puncak hasil bidikan guide kami.  Kamera memang dah bagi dia pegang semasa turun sebab kami dah rasa tak larat sangat-sangat nak melangkah apatah lagi nak ambil gambar.  Cantik jer hasil gambar yang dia ambil tu, memang dah pesan ambil lah gambar banyak-banyak kami tak kisah.


Hahaha ada orang kena papah oleh guide masa nak turun ke stesen Sayat-sayat.  Guide yang suka bebel dengan kami, tapi bebel dia pun ada baiknya.  Sabar saja lah abam malim.


Cara menurun paling laju di bukit, tapi kena pastikan batu yang dipijak itu tak licin.  Saya rasa mendaki guna tali sudah kurang berbanding dahulu, banyak laluan digantikan dengan anak tangga.


Gambar hasil bedikan guide kami.


Sampai di Sayat-sayat pada jam 9.17 pagi, sekali lagi kena tunjuk name tag  pada petugas untuk daftar keluar.  Baru dapat tengok muka dia, subuh tadi samar-samar saja.  Siap dia minta saya bagi tahu list dalam group saya sumandak mana yang masih single.  Boleh bah kalau kau, semua mandak-mandak tu single lagi kecuali saya.


Dekat stesen Sayat-sayat baru jumpa pokok raspbery liar ini.  Sempat petik  beberapa biji buah yang ranum jadi bekalan diperjalanan ke Laban Rata.

Menoleh ke stesen Sayat-sayat dan pecahan batu-batu bekas runtuhan gempa 2015.  Ketika kejadian gempa, beberapa nyawa pendaki dan guide tewas di kawasan ini.


Trek bertangga dibina pada jalan baru yang dilencongkan daripada trek asal.  Trek asal yang kebanyakkan laluan mendaki kena guna tali telah musnah ketika kejadian gempa.  Bilangan anak tangga tidak lah dapat ku kira, anggap sajalah tangga seribu.


Walaupun hanya kami pendaki yang masih belum sampai di Laban Rata dari Sayat-sayat, tetapi tak rasa sunyi sebab ramai je yang tengah trainning persiapan acara climbathon.  Hai hai bye bye dengan diorang ini kuranglah sikit ingatkan lambat lagi nak sampai.


Berehat sejenak kumpul tenaga.  Dalam hati tak putus doa, kuatkan aku sampai ke Laban Rata, kawan-kawanku menunggu di sana.  Tak tertahan rasanya lapar dan dahaga saat itu, snack dan air minuman memang dah habis masa tu.


Dari atas pelantar, nampak jelas pembinaan bangunan untuk menambah baik atau membaiki kerosakan yang dialami.  Seingat saya masa mendaki dulu, kami menginap di Panar Laban dan makan di restoran Laban Rata.  Masa tu di bawah pengurusan lain, kami kena bawa bekalan makanan dan masak sendiri di hostel.  Kalau nak makan di restoran kena bayar asing, zaman belajar masa tu mana lah kita ada duit banyak.   masa kemudahan edang berjalan di kawasan Panar Laban dan .


Nampak dekat dari gambar kedudukan Laban Rata di bawah tu.  Dari kedudukan ini untuk sampai ke resthouse saya ambil masa lebih kurang sejam untuk sampai.  Kali ini saya rasa sendiri macamana payahnya nak angkat kaki ketika badan tidak bertenaga dan kelaparan melampau.



Sambil jalan sambil bermimpi, alangkah bestnya kalau ada teksi lalu dapat bawa saya sampai ke kawasan hijau di bawah sana tu.  Tak perlu lah nak susah payah melangkah begini.  Merepek pun tak apa demi mengurangkan rasa letih dan lapar, Fit pimpin saya, cepat kak dekat dah kita nak sampai Laban Rata.  Lepas ini kita makan dan minum puas-puas di bawah nanti.


Terima kasih kawan-kawan yang sanggup tunggu saya di Laban Rata, tolong tapau makanan, kemas barang-barang dan bagi semangat.  Sepatutnya mereka dah boleh turun ke Timpohon lebih awal lagi.


Sebelum bergerak turun dari Laban rata, harus abadikan kenangan dengan ahli yang bergerak ke puncak sebelum mereka ini berdesup berlarian turun ke Timpohon.  Latar belakang Laban Rata Resthouse tempat kami makan minum dan menginap.  Kawan-kawan yang tidak ke puncak sudah bergerak awal pagi ke Timpohon gate, mereka di nasihatkan untuk chek out sebelum jam 10 pagi.


Saya akui sudah lama, peritnya pendakian menuju puncak tetapi tidak seperit untuk turun.  Turun memang terlalu sukar, kaki ketar tak tahulah rentaknya, rasa macam nak tercabut kepala lutut dari enselnya.  Perjalanan turun dari Laban Rata jam 11.30 pagi tetapi sampai di Timpohon pada jam 4.30 petang.  En. Abe patut pergi dahulu mengikut kawan-kawanya, tapi berkeras nak temankan saya dan fit kononnya, alih-alih dia pun kena bayar denda sebab lambat sampai.


Rekod pemenang acara climbathon 2014 di papan sebelah pintu masuk Timpohon gate.  Entah diorang ini makan apalah boleh naik sampai Low's Peak dan turun balik semula ke Timpohon dengan catatan masa macam tu.  Juara kurang dari 3 jam, yang paling lambat pun orang tua (kategori elit) komplit 6 jam. Aku ambil masa 2 hari satu malam, catatan masa berjalan macam kura-kura.


Sampai Timpohon terus jer masuk dalam kKereta yang standby nak bawah kami balik ke pejabat Taman Kinabalu.  Kawan-kawan kami semua sudah menunggu di sana, hanya kami bertiga yang lewat.  Selepas selesaikan semua hal yang sepatutnya termasuk membayar caj tambahan kelewatan, kami teruskan menuju ke homestay yang telah ditempah.  Pandai Rinna pilih homestay yang tepat sebab dari kawasan parking tadi hanya perlu menuruni beberapa anak tangga. Fobia pada tangga itu normal ya selepas mendaki. 


Malam tu lepas isyak saya memang tak hirau nak makan dah, terus tidur.  Mereka yang lain masih boleh bertahan bersembang sampai tengah malam, ada yang keluar mencari makan malam dan kek untuk Aiman.  Sayang Aiman tak sempat sambut birthday di puncak Kinabalu sebab kaki kejang di Sayat-sayat.  Malam tu memang happening lah, mereka sambut birthday Aiman dalam gelap, ada gangguan bekalan elektrik kata mereka.  Mereka ada kejut saya tapi memang tak sedar, sudah jauh belayar ke wonderland.   
Wassalam.

No comments:

Post a Comment