Saturday, 22 September 2018

A Day To Remember - Day 1 (22/09/2016)

Assalam.
Sempena menyambut ulang tahun ke-2, kita keluarkan lah cerita lapuk ini.  Intro dulu dah ada kat sini.  Cerita September 2016, nampaknya bulan september tu memang bulan yang perlu dikenang, ada cerita suka dukanya.  Walaupun dah lama tapi rasanya perlu dicoretkan untuk kenangan.  Ini kira plan yang telah dirancang beberapa tahun sebelumnya tetapi slot tak memihak kepada kami.  Awal tahun 2015 dah berazam pergi, tapi tak dapat slot, lepas tu ada peristiwa gegeran yang menyebabkan penutupan sementara waktu.  Hasrat mendaki pun terpaksa ditangguhkan, pendam dulu dan terus berharap semua akan jadi baik-baik saja selepas ini.  Jika ada rezeki tak ke mana kan.  


Pemergian mengikuti rombongan anak muda semuanya dan bertenaga, saya dengan Maini yang senior mereka yang lain semua umur bawah 30 tahun.  Ada seramai 10 orang dalam group kami, antaranya ada sepupu, kawan baik, adik beradik atau bekas rakan sekolej peserta yang lain.  Jadi antara itu yang kami memang tak kenal, cuak juga boleh ke berjalan sekali sebab mungkin selepas ini kami akan mendiami bilik yang sama atau satu kereta dengan mereka.  Ahli 10 orang itu terdiri daripada 4 lelaki, 6 wanita, 7 orang Sabahan dan 3 orang lagi Semenanjung, 5 orang memang sudah berada di Sabah sementara 5 lagi menetap di Semenanjung.  Berhubung melalui group wassapp yang dikendalikan oleh Ann selaku sebagai ketua projek.


Jadi kisah kami bermula sebelum hari yang ditetapkan tiba.  Masing-masing kena buat persiapan fizikal, mental dan yang berpatutan, saling share tips tentang perkara yang perlu dan tak perlu ketika mendaki nanti.  Point untuk berjumpa dengan semua ahli kumpulan iaitu di Kami berjanji akan jumpa tempat penginapan di Kundasang petang itu, sehari sebelum mendaki. 


Maini terbang dari Penang awal sebab nak balik kampung dia dulu, dari kamung dia akan bergerak bersama Ann dan Jav ke Kundasang.  Saya dengan en.Abe terbang ke KK menaiki Malindo dari KLIA pada pagi 22hb, sementara Zaini dan Aiman pula menaiki Airasia dari KLIA2.  Fitri dari Tawau sudah pun sampai di KKIA menunggu kami.   Kami bergerak lewat sedikit dari KKIA kerana Zaini dan Aiman terpaksa membeli tiket lain sebab mereka terlambat sampai di KLIA2 untuk menaiki flight yang sepatutnya, mereka bergerak dari Ipoh dan Gua Musang. Permulaan kisah sedih. Kami berlima akan menaiki satu kereta dan berjanji untuk berjumpa dengan Rinna dan Aerin di Tamparuli dan meneruskan perjalanan ke Kundasang.


Dalam kereta memang kekok pada mulanya, walaupun sudah berborak dalam wassapp macam dah kenal lama.  Sebelum berjumpa Rinna kami singgah untuk makan tengah hari di kawasan One Borneo dan Aiman beli sedikit keperluan di kedai berdekatan.


Bulan September selalunya musim hujan, dan kami telah maklumi keadaan itu beberapa hari sebelum terbang ke Sabah.  Perjalanan petang itu dalam keadaan hujan renyai bermula daripada Tamparuli.  Dalam hati sentiasa berharap semoga Allah direzekikan dengan cuaca yang elok pada esok hari dan dipermudahkan semua urusan ketika mendaki nanti.


Berjumpa di homestay yang telah dibook oleh Rinna.  Cukup besar untuk memuatkan kami seramai 10 orang dengan dilengkapi 3 bilik tidur dan dapur.  Lagi pun kami hanya untuk berehat dan tidur seketika sebelum awal pagi keesokanya kira-kira jam 6.30 ke Kinabalu Park untuk pendaftaran.


Selepas urusan check in dan bersihkan diri, kami keluar pergi dinner di Nabalu Park dan membeli sedikit lagi keperluan untuk mendaki.  Ubat-ubatan (tahan sakit, spray kejang otot dsb) tak perlu risau sebab yang lain telah disponsor oleh 2 orang jururawat dan seorang paramedik dalam group ini.


Waktu makan itulah kami ambil peluang berkenal-kenalan dengan ahli yang belum pernah jumpa sebelum ini.  Sebenarnya kami tak mengikut sebarang pakej untuk mendaki, kira DIY lah nie dan segalanya ketua kamu (Ann) yang arrangekan.  Mengapa kami mengambil masa yang agak lama sebab nak dapatkan slot yang sama hari untuk semua ahli mendaki.  Slot untuk Sabahan memang sentiasa ada tapi non-Sabahan tu yang susah nak dapat, sentiasa penuh.  Walaupun kami dapat slot yang sama hari tetapi kami terpaksa kerana ahli non-Sabahan kena join group lain manakala kami 7 orang Sabahan diletakkan dalam satu group.  Jadi terpulang kepada guide (malim gunung) yang membawa kami nanti sama waktu untuk mendaki atau tidak.  Kami semua bersetuju yang penting dapat naik pada hari yang sama lagi pun masa pendakian tu semua waktu pagi dan kalau pun diletakkan semua dalam satu kumpulan ini bergantung kepada stamina masing-masing, jadi kalau sentiasa nak berpimpin tangan tu memang tidak lah.


Lihatlah betapa semangatnya semua, siap design baju untuk hari tersebut.  Hari-hari yang perlu diingati dan sampai bila-bila pasti dalam ingatan.

Selesai makan, kami balik untuk tidur dan berehat di J Residence, penginapan terdekat untuk ke National Park selain menginap di National Park sendiri.  Sedang yang lain lena diulit mimpi, ketua kami tidak dapat melelepkan mata dengan kehadiran wassapp yang mendukacitakan dan menganggu mood ceria kami pada keesokkan harinya. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment