Saturday, 29 September 2018

Puding Truffle

Assalam....
Manis-manisan memang kesukaanku, walau sering kali dapat teguran sebab ketika makan tak ingat dunia.  Kak ingat sikit kak umur tu dah berapa, kontrol sikit pengambilan gula, nanti dapat kencing manis.  Sesekali kena abaikan saja suara-suara itu demi menikmati makanan kegemaran.  


Buat puding ini ketika hari raya haji baru sebab tak ade kuih biskut raya, dan penyediaan tidak mengambil masa yang lama.  Lagi satu sebab sepupu yang suka sangat makan kuih nak datang umah, bila jumpa dia takde lain yang dia tanya ada kuih tak?.  Buat Pudding ini tak ikut spesifik resepi pun, main agak-agak saja.  Lama juga lah tak buat puding nie sejak-sejak berpindah dari utara.


Pudding Triple
Sumber: Mulia

Bahan-bahan Lapisan kek
1 pkt swiss roll /lebihan potongan kek span - perisa tepulang pada yang digemari
Air (boleh guna air gula buah-buahn dalam tin)

Bahan Lapisan Kastard
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
2 cawan air

Bahan Lapisan Jelly dan Buah
1 tin buah-buahan campur - toskan airnya untuk diguna pada lapisan kek
1 pkt jelly powder / agar-agar perisa strawberry
Air (ikut sukatan pada paket jelly/agar-agar)
Gula (ikut sukatan pada paket jelly/agar-agar)
Potongan buah-buahan segar.

Cara Penyediaannya
* Susun swiss roll atau potongan kek span di dasar bekas atau loyang yang digunakan.  Susun hingga padat.
* Basahkan kek dengan air buah dalam tin, kalau tak suka manis boleh ganti dengan air masak.
* Campurkan tepung kastard, gula, air dan susu cair. Kacau hingga rata sampai tepung tidak ada yang bergentel.
* Masak atas api sederhana sambil kacau hingga kastard pekatm, berkilat dan meletup-letup.
* Lapiskan kastard pada bahagian atas susunan kek tadi, ketepikan dan biar sejuk.
* Taburkan buah-buah potongan buah-buahan di atas kastard, boleh juga dibuat berlapis dengan kastard.
* Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
* Tuangkan ke dalam mangkuk yang telah dilapiskan dengan kek, kastard dan buah-buahan.
* Sejukkan sebelum dihidangkan.  Jika suka boleh topping lapisan atas sekali dengan whipping cream dan hirisan buah-buahan segar.


Selamat mencuba kawan-kawan.
Wassalam.