Assalam...
Bila posmen hantar barang, memang sentiasa terima saja
parcel untuk rakan setugas ini. Mereka tu rajin sangat beli online.
Tetapi ketika abam pos tu pikul kotak dan tergagap sebut nama penerima
macam tak percaya pula, bila masa saya buat pembelian online ni.
Melihat dari kotaknya dah tahu mesti air Zam-zam tapi dari siapa yang
kirim untuk saya nie. Baru teringat ini mesti daripada Ana dan suaminya yang menjadi
ad-Dyufof ar-Rahman tahun ini.
Alhamdulillah, kiriman dan hadiah tak ternilai air Zam-Zam dari tanah
suci Mekah, baru teringat sebelum wukup hari tu Ana ada tanya jika nak
pesan apa-apa dia boleh kirimkan. Tapi sebab tak mahu susahkan mereka
yang tengah beribadah di sana lagi satu terlupa untuk reply mesej beliau, nak pesan jangan beli apa-apa untuk kami cukup doakan semoga kami juga di panggil lagi menjadi tetamu ke Baitullah.
Menurut Ana hanya musim haji, jemaah boleh beli air zam-zam berapa
banyak yang mereka kehendaki tak sama ketika jemaah pergi buat umrah terhad hanya dapat sebotol seorang.
Terima kasih banyak Ana dan suami, semoga kalian mendapat haji Mabrur dan selamat pulang ke tanah air. Ikut jadual mereka akan balik ke Malaysia minggu depan, mungkin sekarang masih di Madinah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment