Assalamm...
Sesekali layan makanan dalam tin untuk tukar-tukar selera, yang menjadi pilihan selalunya sardin cap ayam saja. Kita tukar kali ini sotong tin pulak, ramai penggemar sotong kata sedap sotong tin, jadi kami pun nak try. Nak cuba hidangkan kepada si penggemar sotong, dia boleh terima ke tak. Kalau dia suka boleh lah buat stok sesekali, jika buntu nak sediakan lauk apa, hidangkan saja yang ini.
Sebenarnya kami memang jarang makan lauk-lauk dalam tin begini selain sardin. Salah satu sebab kita masih mudah nak dapatkan bekalan makanan laut yang segar di pasar atau kedai runcit. Saya pun takde idea nak masak apa sotong tu, tapi kalau boleh nak masak cara yang mudah.
Kami jumpa orang share resepi tumis mudah macam ini, lalu masak lah ikut cara kami tak teringat pula nak sambalkan sotong tin tu, takde stok cili giling sama masa tu. Campurkan apa yang ada saja, kebetulan ada petai yang dah hampir kering, perisi petai tu dan masukkan sekali tu yang bagi nama caca marba.
Sotong Tumis Caca Marba
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
1 tin sotong tin - potong kecil
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inc. halia*
1 cili besar*
Cili padi* (ikut pedas yang dikehendaki)
Petai (optional)
Daun bawang - ptotong panjang
Garam
Kicap sotong
Kicap manis
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaannya
* Bahan bertanda '*' di hiris halus.
* Tumis bawang hingga layu dan masukkan bahan hiris yang lain serta petai.
* Tambahkan kicap, garam, serbuk perasa, tambah air jika perlu.
* Masukkan sotong, sesuaikan rasanya. Tak perlu masak lama sebab sotong memang dah masak.
* Tutup api dan hidangkan.
Sebelum hidangkan pada orang, baik kita rasa dulu, pastikan ada nasi panas dan jangan ada lauk lain sebab nak ambil feel kan. Bagi saya ok lah boleh terima, kalau buat masin dan pedas sikit boleh jadi pembangkit selera makan. Apa kata si penggemar sotong, dia tak dapat nak teka dia makan apa, teruk sangat dah tu. Sehingga jumpa janggut sotong tu baru dia tahu yang itu adalah sotong sebelum tu teka isi ayam lah, ikan lah, tahu lah. Ermmmm test out lah tu pada dia.
Dalam pasaran saya tahu brand ini saja, tapi panama gaya
hanya setakat ini dulu kot sebab sambutan dari si penggemar sotong di
rumah ini kurang menggalakkan. Mungkin juga cara masak yang kurang
digemari punca kurang sambutan, kalau di sambalkan sotong tin tu baru boleh terima dek tekak.
Wassalam.
Baru tahu ada sotong dalam tin.
ReplyDelete