Sunday, 22 March 2020

Nasi Goreng Rindu Serindu Rindunya...

Assalam...
Sarapan nasi goreng plan dan teh o panas, kegemaran arwah bondaku dulu.  Bila teringat tu yang buat memang tak boleh cari kat mana-mana takde orang yang jual kalau nak beli pun sebab tu lah bagi nama nasi goreng serindu rindunya.



Versi saya buat ini pun dah over letak bawang goreng, bondaku dulu hanya letak sedikit hirisan bawang dan goreng hingga layu sebelum masukkan nasi.  Walaupun nasi gorengnya tidak seberapa, saya nak letak sebagai kenangan di sini.


Tanpa menambah sebarang benda asing dalam nasi goreng tersebut dan perasa selain garam, sebab bonda dulu memang tak suka msg.  Arwah boleh rasa makasan yang ada di letakkan msg dan dia tak suka.  Nasi tu hanya ada rasa bawang goreng dan sedikit masin, memang begitulah kejadiaannya.


Sambil suap sambil bergenang air mata mengenangkan orang yang telah tiada.  Hanya doa dan kiriman Al-fatehah yang dapat kami hadiahkan untukmu bonda.
Wassalam.

2 comments:

  1. Memang ringkas bahannya. Jadi senang nak buat.

    ReplyDelete
  2. Sama dgn mak PH. Letak bawang sikit je dgn garam. Tapi sedap takleh lawan, air tangan seorang ibu.

    ReplyDelete